TUTORIAL: cara buat linkwithin


hai readers..hai blogger..jom belajar letak linkwithin dalam blog anda..
linkwithin tu apa cik nita oiiii??

hehehe..mesti ada yang masih tidak tahu apa maksud linkwithin tu kan..

linkwithin tu macam contoh gambar dibawah ini ^^



STEP 1 :
kita kena sign up linkwithin ni dulu..bukan sign up macam biasa yea..hihi
anda kena isi emel, link blog anda, platform anda kena pilih..contohnya kalau macam nita (blogger)
then, pilih width berapa anda nak..lepas itu, klik GET WIDGET..^^
 


STEP 2 :
anda just follow arahan dalam gambar dibawah..


 


LINKWITHIN anda dah siap..!! ^^


koleksi header saya

 





 








TUTORIAL: cara dapatkan url gambar anda




tutorial seterusnya tentang cara dapatkan url gambar anda..
nita akan ajarkan menggunakan photobucket..

STEP 1 :
sign in dalam photobucket
(kalau anda tiada photobucket boleh sign up sekarang) 



STEP 2 :

tengok dalam gambar dibawah ni..klik "UPLOAD"


STEP 3 :

kalau dah upload, klik gambar yang anda upload tadi, then sebelah kanan klik
"image links" macam gambar dibawah..^^


 STEP 4 :

anda klik dalam "direct link"
(klik saja dah memadai sebab dia automatik terCOPY..hihi)


alhamdulillah..SIAP !!
inilah yang dinamakan url gambar anda..^^

p/s : kalau ada yang kurang faham jangan malu bertanya..^^




TUTORIAL: cara buat "about me" yang comel


hai..hello..ini tutorial kedua nita..cara untuk buat ABOUT ME anda jadi comel dan kemas 
seperti gambar dibawah..





comel kan??hihi..
jom belajar buat!!

STEP 1 :
anda kena pilih gambar sendiri untuk dijadikan profil picture macam gambar diatas..
lepas dah pilih tu jangan lupa edit saiz width dan height gambar anda tu, contohnya, width 200 dan height 250..(edit guna photoscape pun boleh)

STEP 2 :
buka DASHBOARD --> LAYOUT --> HTML/JAVASCRIPT
dah buka, copy kod dibawah ini untuk dimasukkan ke dalam HTML anda tadi..

<center><a href="http://i1267.photobucket.com/albums/jj548/missnita11/nitapinky_zpsb9908d47.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://i1267.photobucket.com/albums/jj548/missnita11/nitapinky_zpsb9908d47.jpg" /></a></center>


kod berwarna MERAH tak perlu tukar apa-apa..hanya kod yang berwarna KUNING perlu ditukar kepada link gambar anda..
bagaimana untuk mendapatkan link tersebut??
anda hanya perlu ambil daripada photobucket anda..
kalau tak tahu caranya, KLIK SINI ^^

STEP 3 :
copy kod dibawah dan letakkan dibawah kod dalam STEP 2 tadi..

<center><img src="URL ICON COMEL"/>PERKATAAN ANDA</center>
<center><img src="URL ICON COMEL"/>PERKATAAN ANDA</center>
<center><img src="URL ICON COMEL "/>PERKATAAN ANDA</center>
<center><img src="URL ICON COMEL"/>PERKATAAN ANDA</center></div>

perkataan berwarna kuning anda boleh tukarkan kepada url icon anda sendiri dan perkataan berwarna biru anda boleh tukarkan kepada perkataan anda sendiri e.g NAMA, BEFDAY dan macam-macam..

url icon comel tu anda bolehlah dapatkan daripada glitter.com

STEP 4 : anda boleh save dan lihatlah hasilnya..hihihi ^^

p/s : kalau dah menjadi jangan lupa like page nita ^^








TUTORIAL : cara buat daisypath

 

ini adalah tutorial pertama nita..nita nak ajar blogger-blogger baru untuk buat daisypath dalam blog diorang..hihi..

apa itu daisypath?

daisypath tu kira macam aniversary korang lah..sama ada aniversary kahwin, birthday, friendship dan macam-macam..

kalau nak tengok contoh macam dalam blog nita ni..


STEP 1

buka link DAISYPATH ni dulu.. nahh..!! TEKAN INI

STEP 2

anda boleh pilih mana-mana yang anda suka contohnya nita pakai macam gambar dibawah ini
dah pilih, tekan ENTER..


STEP 3

selepas itu, anda kena pilih lagi macam contoh gambar dibawah ini..
macam nita, nita ambik anniversary and friendship (^_^)
dah pilih, tekan ENTER..


STEP 4

lepas itu, kena pilih lagi tau..pilih "mini ticker"
sesuai untuk letak dalam blog..
dah pilih, tekan NEXT pulak..^^
 

STEP 5

step seterusnya, anda bolehlah pilih scene yang mana anda suka..klik saja dekat gambar
yang anda suka then tekan NEXT...^^
  

STEP 6

dah tekan NEXT, pilih lagi gambar yang mana anda suka..klik di gambar tu then
klik NEXT..^^ 

 
STEP 7

step yang ini anda hanya perlu isi apa yang patut..
untuk "enter your personal text here", anda boleh letak nama anda, tajuk daisypath anda,
macam-macamlah..kalau tak nak letak pun tak pa..^^


STEP 8

yang ini langkah terakhir..dah tekan NEXT tadi, anda scroll saja ke bawah nanti
anda akan jumpa kod macam dalam gambar ini..copy kod tersebut..


dah copy???
buka DASHBOARD --> LAYOUT --> HTML/JAVASCRIPT

masukkan kod tersebut dalam HTML anda..

SIAP..!! ^^

p/s : kalau tak faham jangan malu bertanya saya..cari saya dekat facebook atau twitter..sebab kotak komen saya hilang..terima kasih ^^

bicara hati nita part 3

 

berbalik kepada cerita sebelum ini..kali ni nak cerita pasal tawaran-tawaran untuk pelajar SPM.."wah".."bestnya"..dua benda ni lah yang selalu aku dengar bila tahu keputusan UPU, maktab, matrikulasi keluar..aku memang agak aku susah sikit nak dapat tawaran..isk isk..T-T..yelah...keputusan ciput macam aku ni biasa-biasa saja..

bila kawan-kawan mesej aku tanya aku dapat sambung dimana??aku pun dengan slumber menjawab "aku tak dapat masuk mana-mana pun"..haihhhh..hati time tu sedih sangat weh..patutnya aku kenalah jawab "aku dapat masuk UITM..MATRIKULASI..."tapi semua tu cuma angan-angan..

nak dipendekkan cerita..time bulan 5 kalau tak silap, kawan-kawan aku dah banyak sambung study..tinggallah aku ni seorang yang tercicir..tapi hati aku masih kuat walaupun hati memang dah sedih tahap gozilla..huhuhu...aku kena jugak tersukan hidup dengan pilihan yang terakhir untuk budak SPM macam aku..aku kena masuk FORM 6..ha????FORM 6?? ya Allah, Tuhan saja yang tahu apa perasaan aku masa tu..aku kena pakai baju sekolah balik..pergi sekolah macam dulu-dulu..eeeeee..aku pun nak macam kawan-kawan yang lain..pergi "kuliah", pakai baju kurung..bestnya...

bila aku masuk FORM 6 ni, terus terang aku cakap, keadaannya tidak seperti yang aku gambarkan..apa yang aku gambarkan sebenarnya??aku bayangkan, aku akan malu bila kawan-kawan tanya kenapa tak masuk matrikulasi???masih pakai baju sekolah macam budak-budak..aishhh..tapi sebenarnya kehidupan aku masa FORM 6 ni best sangat..tak tipu..aku dapat jumpa ramai kawan..aku dapat rasa berada dalam sekolah harian..sebenarnya aku nak bagitahu yang aku memang respect betul dengan pelajar sekolah harian ni..kenapa??sebab diorang ni akan urus masa belajar masing-masing..aku masih ingat lagi, seorang cikgu di SBP tu cakap kalau dia ni kementerian pelajaran, dia akan lebihkan pelajar harian dari pelajar SBP..sebab pelajar harian pandai berdikari..buktinya, aku sendiri dah nampak..dah rasa..

dipendekkan cerita lagi, masa jadi pelajar tingkatan 6 ni, aku bertambah semangat study..yelah, malu lah kan kalau result aku kali ni tak berapa bagus..dan paling penting subjek-subjek tingkatan 6 ni best sangat..PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU, SEJARAH, SASTERA..cuma paling berat yang aku nak bawak nih subjek SEJARAH..kena banyak membaca..haha..subjek paling best SASTERA..sebab aku suka cikgu dia..cikgu MULYANA..first time dia masuk kelas sastera tu aku memang dah suka..tak pernah pun sepanjang kelas dia aku tak fokus okey..dan sebab itu aku dah pilih dia jadi ibu angkat aku..ehh???ibu angkat??yea..alhamdulillah..duduk disekolah baru tu aku tergolong dalam pelajar EMAS..jadi, dapatlah pilih ibu angkat..hihi

sepanjang aku berada dalam tingkatan 6 ni, dah banyak kali aku cuba untuk cari jalan keluar..aku pernah isi UITM lah, MAKTAB untuk kali ketiga wokeyyy..pun tak dapat-dapat jugak...huhuhu..
T-T..kadang-kadang dah fed up aku pergi isi IPTS pulak..tapi semua tak menjadi..kenapa??mungkin sebab Tuhan nak bagi aku sesuatu ni..pernah hari tu aku pergi jumpa cikgu kesayangan aku..cikgu NORITA..cikgu ni lawa..ehh..bukan nak cerita pasal lawa, tapi beliau lah yang buat aku masih stay di sekolah tu..dia cakap, aku ada potensi..ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaan aku happy sangat sebab for the first time ada cikgu cakap aku macam tu..bertambah-tambahlah semangat aku nak study kan..

okey..okey..aku teruskan cerita aku..aku sebenarnya bukan study smart..tapi aku seorang yang study hard..memang tak pernah cukup tidur masa tingkatan 6 ni..tapi hasilnya, siapa tahu kan..kui kui..ALHAMDULILLAH, berkat dorongan ibubapa, cikgu-cikgu, kawan-kawan..aku dah dapat dan rasa suatu kemanisan yang amat sangat selepas aku lalui banyak pengalaman pahit..


jeng..jeng..jeng..Tuhan tu Maha Kaya..Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..syukran..masa ini, semua kawan-kawan aku happy sangat..itulah, nasihat di sini, JANGAN MUDAH PUTUS ASA macam aku..JANGAN MUDAH TERPEDAYA dengan apa orang cakap..dan paling penting disini, TINGKATAN 6 memang terbaik..adik-adik yang masih dalam tingkatan 6 atau yang akan mengambil tingkatan 6, jangan risau..USAHA TANGGA KEJAYAAN..(^_^)

TAMAT..

bicara hati nita part 2

 
jom..!! jom..!!sambung cerita bicara hati nita part 2..hihi..okey..aku nak cerita pasal pengalaman aku jadi budak espiyem..bila dah jadi budak SBP ni for surelah kita kena ambik paper-paper yang ektrem..contohnya, KIMIA, ADDMATH, BIOLOGI, FIZIK..argggghhh..orang panggil paper killer..kalau dah yang bijak-bijak tu sebut "paper killer", apatah lagi aku ni..terus terang aku cakap, 4 paper ni aku memang tak boleh bawa..since form 4 lagi masa di perkenalkan subjek-subjek ni aku dah memang cuak..muak..hahaha..KENAPA??? sebab aku TAK MINAT langsung..aku cuma minat subjek BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SEJARAH, lagi-lagi PENDIDIKAN ISLAM..hihi..sebab senang..tak payah pakai teori-teori segala tu kan..kadang-kadang bila exam, subjek-subjek inilah yang dapat okey sikit berbanding subjek sains-sains tu..

nak dipendekkan cerita, bila dekat SPM dah punyalah cikgu-cikgu cuba untuk buat aku lulus paper diorang..yelah, nanti buat malu sekolah kalau ada student dia yang tak cemerlang..fuhhh..!! tapi aku tak tau kenapa, aku memang tak boleh wehh...pernah hari tu aku cuba study ADD MATH sampai tak tidur malam..kawan-kawan aku yang budak-budak pandai dah tidur dah semua..cuma aku ni tengah syok study lah konon kan..tupp tupp..result tetap menghampakan..haihhhh...

tak boleh salahkan sesiapa..aku kena salahkan diri sendiri jugak..hmmm..tibalah hari exam tu, aku masih ingat lagi orang yang duduk sebelah aku tu budak pandai gilerrr..nama dia HAMZAH JAMAD..masa paper 3 kimia tu lah aku pegi tanya dia jawapan..hahaha..nasiblah dia baik..paper paling aku tak boleh jawab, BIOLOGI, KIMIA dan ADDMATH..sangat teruk okey..!! macam tak pernah study apa-apa..huhuhu..

aku sebenarnya paling takut bila result exam keluar..dan paling syok bila tengok student yang bijak-bijak tak akan tengok number rangking diorang dari bawah tapi diorang akan tengok dari atas..haaaaa!! nampak sangat diorang memang dah targe diorang duduk atas..hihi..TAPI..aku pulak sebaliknya..aku akan tengok dari bawah dulu sampailah ke atas..salah satu faktor sebab aku memang tak target duduk atas..hihi..lagipun aku kan rendah..kui kui..(alasan) 

dah..dah..lepas exam SPM tu, ada cuti lebih kurang 4 bulan..masa cuti tu aku memang rehat habis dirumah..konon-konon dah penat studylah..hihi..bila dah nak keluar result SPM tu, jeng..!! jeng..!! jeng..!! mesti korang dah agak dah result aku apa..huhu..yelah, mana ada budak malas dapat result meletop..bomm..bomm..T-T

pagi nak pergi ambik result tu aku memang nerves jugak..yelah..takut-takut GAGAL..aku pergi lambat sedikit dari seorang kazen aku tu..FAHRUDDIN..dia nih budak pandai..duduk kelas target..fuhhh...kalau nak dibandingkan dengan aku ni, memang macam langit dan bumi lah..sob sob..tapi dia baik..selalu datang tengok-tengok aku okey ka tidak..try ajar aku apa yang dia tahu..hihi..masa dah dapat result tu, dia call aku bagitahu dia dapat berapa..punyalah aku lagi nerves..dia dapat banyak A tau..haihhh..aku memang dah agak aku takkan dapat macam diorang..

bila dah datang ambik result, aku tengok ada yang happy..ada yang buat muka tak puas hati padahal result punyalah melatop...kui kui..bila giliran aku pergi ambik result pulak, tak payah cakaplah..aku terus balik naik kereta..tak mahu duduk lama-lama kat sana..nanti aku nangis..aku cuma dapat 3A..subjek yang sains-sains tu ada yang dapat D..haiyoo..malu meh..

tapi bapa nita baik..bersyukur dapat bapa macam tu..dia bagi nita semangat..walaupun dia tahu result nita "okey" sangat..huhu..T-T..tak pa, yang penting lulus, boleh sambung study mana-mana pun..kan3x..
okey, sekarang kita cerita pasal tawaran-tawaran U, matrikulasi, maktab..aku sebenarnya nak jadi cikgu..suka tengok budak-budak..suka bercakap banyak..hahaha..tapi rupanya nak masuk maktab nih susah..T-T..

cerita pasal maktab ni, aku memang ada pengalaman paling sedih..sangat sedih..huhu..nanti aku sambung lagi..penat jari menaip..kui kui..

BERSAMBUNG..

bicara hati nita part 1

 
semakin meningkat dewasa ni semakin banyak dugaan dan cabaran..ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk
teruskan kehidupan..pengalaman mendewasakan kita..mungkin cabaran-cabaran yang dihadapi adalah suatu tangga yang perlu kita jejak satu-persatu untuk sampai ke destinasi yang dituju..

masih ku ingat lagi, ujian Tuhan yang paling berat ku rasakan apabila aku tercicir daripada mendapat tawaran ke matrikulasi..sangat berat..yelah, aku kan budak SBP, patutnya tempat yang harus dituju ialah matrikulasi..sedih..tapi INGAT, Tuhan tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang diluar batas kemampuan hambaNya..

if u want to see a rainbow, u will face the rain first..kata-kata inilah yang betul-betul buat aku masih kuat dan bersemangat meneruskan kehidupan..segala kepahitan sebenarnya terdapat suatu kemanisan di penghujungnya..yaaa..teramat manis..!! terima kasih ya Allah..

mungkin readers tengah berfikir, kenapa aku layan perasaan time-time macam ni kan..sebenarnya, aku nak share something dengan semua..yang tak mahu teruskan bacaan, boleh tutup blog ini, yang mahu teruskan bacaan, terima kasih aku ucapkan..mungkin cerita yang bakal aku share dengan korang ni akan memberi sedikit pengajaran..walaupun sedikit, berbaloi jugakkan..

aku mulakan dengan kehidupanku sebagai budak tingkatan 1 di sekolah berasrama penuh..macam mana aku boleh dapat masuk sekolah ni??fuhh yooo..kira hebat jugaklah orang cakap bila dapat masuk sekolah SBP ni..betul wehh..tapi aku langsung tak rasa hebat pun..huhuhu..T-T

KENAPA??MENGAPA??okey..aku tak rasa hebat pun bila berada di sekolah tu sebab aku tak boleh bawa @ study ditempat yang ramai orang..aku kena study seorang diri..tak mahu dengar bising-bising..tapi biasalah, duduk asrama ni semua benda boleh jadi..dengan bisingnya..bisy nya..macam-macam ada..huhuhu..

dulu, masa sekolah rendah aku duduk rumah..kain baju semua mak yang basuh..hihihi..seyesly, duduk rumah memang best..memanglah bestkan..!!sekurang-kurangnya, ada yang pantau bila aku study atau tak..aku main atau study..huhuhu..bila duduk asrama, aku rasa macam bebas sikit..haaa..disitulah aku mula malas study..tekanan..banyak benda yang kena fikir..haihhh..kecil-kecil dah buat otak serabut..kannn..bukan apa, kalau duduk asrama ni aku kena beratur mandi, makan, gosok baju, sampaikan nak basuh baju pun kadang-kadang tunggu giliran..siapalah yang tak stress!!

then, mesti tidur lambat..sebab pukul 8 malam hingga pukul 10 malam ada PREP..apa itu PREP ??
maksudnya persediaan entah apa..lupa..hihihi..kenalah study masa itu jugak..tapi masalahnya bising..argghhh..mungkin aku memang ditakdirkan tak boleh jumpa ramai orang..huhu..haaa..start time inilah aku akan bergosip-gosip dengan kawan-kawan yang lain..malas punya pasal..hahaha..

bila dah balik lambat kena pulak bangun awal..pergi siap-siap ke sekolah esoknya..eeeee..macam itulah kehidupanku selama 5 tahun dulu..bila masuk kelas mengantuk..balik kelas lapar..hahaha..tapi, masa memang berlalu sangatlah cepat, sampaikan aku tak sedar rupanya aku nak SPM dah..cerita PMR tak payahlah sebab nak cerita nanti jadi panjang..

BERSAMBUNG..

 

 

im not perfect..SAYA TAHU !!

 

im not perfect..!!


im not perfect..!!

aku tidaklah sempurna seperti perempuan lain..
aku tidaklah secantik perempuan yang lain..
aku tidaklah setinggi seperti perempuan lain..
aku tidaklah semontel seperti perempuan lain..
aku tidaklah secerdik seperti perempuan lain..

TAPI..

aku punya harga diri seperti perempuan lain..
aku punya hati seperti perempuan lain..
aku punya fikiran seperti perempuan lain..
aku punya otak untuk memilih yang mana baik dan yang mana buruk seperti perempuan lain..

INGAT..
 
jangan cuba mempersendakan orang seperti saya..
jangan cuba memandang rendah orang seperti saya..
jangan cuba mencabar kesabaran orang seperti saya..

KERANA..

sekian...(^_^)
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in