saya asnita yang baru !!




Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama blog kesayangan ini tidak diupdate..adakah mungkin sebab aku terlalu sibuk??
Jawapannya,Yup!! Aku memang terlalu sibuk minggu lalu..sibuk sebab apa?? Jawapannya, aku saja buat diri ini sibuk sesibuk seorang Bos di pejabat..kikikiki...^^


Start minggu lalu sehinggalah minggu ini (rabu) aku memang tak lekat dalam bilik..huhu..sebabnya, di siang hari aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai urusan yang tidak pernah selesai...zzzZZZzz
penat memang penat..geram memang geram..tapi orang cakap, biasalah kalau berurusan ni memang kena berani "jumpa" masalah...tapi yang buat aku tak kuat ni, masalah bertubi-tubi datang..huhuhu...
memang masalah ni selalu nak "dating" dengan aku kot..T-T

 

jujur aku katakan, aku memang sangat lemah..aku tak boleh jumpa banyak masalah bertubi-tubi..sebab aku memang tak biasa dengan urusan-urusan ni..yelah, dulu masa sekolah segala urusan mak aku yang buat..huhuhu..pernah hari tu, sebelum masuk USM, mak suruh ikut kawan-kawan lain urus pasal bank..cuba bayangkan, nak ambik borang kat kaunter tu pun aku takut...T-T sebab aku memang tak tahu...:'(
 

lagi satu, aku ni memang tak boleh kalau orang marah..orang marah sikit aku mulalah gelabah...aku memang penakut..kadang-kadang aku boleh menangis sebab orang marah benda kecik ja..aku dah try memotivasikan diri aku ni dengan update status-status kat facebook..yelah,orang yang kurang yakin macam aku ni kenalah dapat motivasi sikit..tapi kadang-kadang status tu memang tak membantu pun..

 
kadang-kadang kalau aku ada masalah, aku takut nak share dengan someone..yelah,aku pernah dikhianati dulu oleh seorang kawan..lepas ja benda tu jadi, aku lebih sanggup PENDAM..PENDAM..dan PENDAM..
then, kalau aku rasa aku dah tak tahan, barulah aku luah masalah tu dengan Ariff..mesti korang pelikkan??
kenapa mesti aku luah dengan Ariff??jawapannya, "sebab dia tak pernah khianati aku, means dia tak pernah cerita masalah aku dengan orang lain". sebab tu aku panggil dia sahabat, kawan dan teman mesra aku..kikikiki

 
hari rabu terpaksa aku dimasukkan ke pusat sejahtera sebab aku sesak nafas..nangis kuat sangat..haaaa..ambik..!! yelah, aku nangis bukan saja-saja buat latihan nangis, tapi aku stress sangat dengan s/u dan kerani tu, sampai hati dia tolak surat aku..huhu..kalau yea pun cakaplah elok-elok kan..T-T..jangan buang paper aku tu...MAHAL TAU TAK !! (krikk krikk *bunyi cangkerik).

*bukan tangan sebenar*

hari ini, JUMAAT, aku janji dengan diri aku yang aku takkan stress lagi..aku akan try "dating" dengan encik masalah dengan baik..aku akan bagitau encik masalah tu yang aku tak suka dia datang dan aku akan uruskan baik-baik..haaaaaaa...in shaa Allah :')
 

SAYA BUKAN ASNITA YANG DULU DAH..SAYA ASNITA YANG BARU !! kikikiki ^^









keputusan yang tepat maybe..




merenung ke luar jendela..
melihat kebesaranNya..
mensyukuri segala nikmat..
yg dikurnianya diriNya..
Kau berikan ku kekuatan tuk berpegang pada jalan..
walau penuh dengan cabaran..
ku tahu ku adaMu Tuhan..
kerna kau yang satu..
yang setia bersamaku..
dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu..

entry yang sebenarnya ditaip semasa jiwa sedang kacau..T-T..sangat beremosi waktu ini..ditambah lagi dengan duduk sorang-sorang dalam bilik baru..huhuhu..entry ini bukan hanya sekadar luahan hatiku, tetapi mungkin juga sebagai pengajaran untuk readers yang membacanya..terima kasih encik blog sebab sudi jadi peneman diri ini semasa sunyi mahupun gembira..yeah..encik blog inilah yang selalu menjadi medium untuk aku meluahkan segala perasaan sedih..gembira..sebab aku jenis tak suka share anything problem walau sebesar mana pun masalah itu dengan orang lain sampailah bila hati betul-betul dah rasa down, penat nak pikul beban masalah sorang-sorang barulah aku cari someone untuk aku share..pelikkan??but thats me..

sejujurnya aku katakan, sepanjang berada di bumi pulau mutiara ini, aku jarang happy..kenapa??sebab aku datang sini dulu berat hati..tapi sebab mak, aku sanggup datang sini untuk study..siapa yang tak sayang mak dia kan..huhu..*tetiba rindu mak* T-T..lagi satu, aku datang sini aku tak happy nak study dengan kos yang aku dah dapat..aku tak pernah nak salahkan kos aku..semua kos di USM ni best2x belaka..maybe..but lain orang lain citarasa kan..kan..kan..

yess..aku memang patutnya rasa bertuah dapat study dengan kos yang insyAllah menjanjikan kerja yang baik..tapi macam mana pun aku memang tak boleh nak bawa kos ni..aku tak minat..T-T..aku dah banyak jumpa senior minta nasihat untuk teruskan dalam kos ni, tapi aku yang memang degil tak boleh nak minat..huhu..disebabkan terlalu mendengar kata orang lain, aku sendiri yang sengsara..sakit..kecewa..huhu..
nasib aku baik sebab ramai kawan-kawan yang selalu bagi nasihat dan semangat untuk teruskan perjuangan di sini..

masuk sem 2 ni, aku lebih kepada urusan seri paduka baginda..yea..aku dah buat keputusan..aku dah fikir semasak-masaknya..sehangit-hangitnya..aku kena jugak lakukan..terima kasih banyak-banyak kepada buah hati yang selalu menemani aku dengan urusan sana sini..kesian kat dia..*minta maaf*..terima kasih jugak kepada kawan-kawan sekolah lama yang selalu bagi kata-kata semangat untuk diri ini..T-T

doakan aku ya wahai readers sekalian..semoga dengan keputusan ini insyaAllah aku menjadi lebih baik kemudian hari..salam ^^
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in