Alhamdulillah, fuhh, semester ini langsung tak hapdate nauu..korang yang ada blog tu kena rajin-rajin jugak updatenye, karang tak pasal pasal boleh tenggelam timbul blog kat google..okeng!
Hari ni bukan nak celoteh pasal blog kena rajin ke tidok, tapi aku nak share pengalam berbisnes aku, korang sedia tisu tau tepi meja sebab cerita aku ni agak sedih jugak, wahaha..
Semalam, ada sorang akak mungkin, inbox tanya aku, "boleh share pengalaman?" huhu, omaigaddd..terharu pun ada jugak, yelah, kite ni manusia biasa je, nak share share pulak kan, rasa macam "oh ada jugak orang nak tahu pasal aku" (perasan kejap). meh nak share sikit macam mana aku boleh start bisnes ni.
Aku mula bisnes ni masa semester 2 tahun pertama di USM, masa tu aku dah memang ada blog, hari hari update blog tulis perjalanan hidup di sini, langsung tak terfikir nak gunakan blog untuk berbisnes..masa tu aku dah ada "kawan", "kawan" aku tu bisnes jugak, tapi masih lagi aku tak terfikir nak berbisnes..satu hari ni, aku ternampak "kawan" aku tu duk kira kira duit, then aku pun senyap je lah kan, adat orang berbisnes kira duit banyak banyak tu biasa lah kot tapi tak bagi aku, hahaha..then aku balik bilik, rehat, duduk senyap-senyap dan berfikir, kalau dia boleh bisnes, kenapa aku tidak, betul tak?
Satu hari, aku buka home facebook, macam biasalah masa tu produk Aurawhite femes emes meletop giler, masa tu aku pun macam tertarik nak cuba produk tu, aku gunakan duit yang aku ada beli sebotol, masa tu RM120 siap free gift bagai..tu pertama kali aku beli barang online..tak rasa takut kena tipu pun sebab aku percaya dengan page tu, then bila aku dah lama cuba produk tu, aku rasa macam "eh, produk ni elok lah" tapi tak lah putih sangat pun, but okey lah kan..then aku update entry dalam blog, pasal aurawhite, lepas tu aku search google cara nak buat bisnes tapi tanpa modal (tipu ke ape kan) sebab masa tu dropship ni tak banyak lagi orang tahu, dan yesssss !! aku jumpa dropship aurawhite..aku baca teliti dan aku cari agen terdekat dengan aku kat pulau pinang, akak tu baik, aku jadi dropship dia untuk produk aurawhite..
So bermulalah kisah aku sebagai budak bisnes kecil kecil, masa tu ranking blog kemain lagi ranking no 1 dalam google bila korang taip aurawhite..hahaha..dan Alhamdulillah masa tu baru aku sedar yang blog aku berguna sangat-sangat, tak de lah boring duduk bilik kan, duduk bilik je dah dapat duit..masa tu kalau dapat rm10 sehari pun aku dah kira banyak sangat, yelah, boleh cover makan minum aku..sape nak bagi rm10 sehari free free..haha
Masa tu yang jadi tempat luahan masalah aku "kawan" aku tu lah...kadang aku tanya, rm10 sehari tubanyak tak, dia tak pernah cakap sikit, dia cakap banyak dah tu, kalau sebulam dah dapat rm300 kan, aku pun yelah, happy sebab ada yang support bisnes aku..masa tu makbapak tak tahu lagi aku berniaga, haha
Bila aku rasa aku nak tambah lagi produk, aku cari group dropship produk kecantikan dan yesss, aku jumpa 1 group, then masa tu aku letak banyak produk kat blog ni, (korang boleh tengok tepi blog ni haaa) berlambak !! masa tu Alhamdulillah, income naik sikit-sikit, langsung tak ganggu pun masa belajar aku sebab kerja aku senang je, hantar order dan duit masyukkkk..
Lepas tu, aku rasa macam nak besarkan lagi bisnes aku, aku cuba jual baju pulak, masa tu yang beli sikit je, tapi aku puas, sebab duit yang aku dapat tu boleh beli handphone hahaha..lepas tu, berbulan bulan jugaklah aku jatuh bangun sebab berbisnes, tapi ada aku kesah..kadang tu aku senyap, bila "kawan" tanya, aku cakap ada masalah dengan bisnes, dia pun faham, selalu bagi kata-kata senmangat..terima kasih :')
Dari hari ke hari aku berfikir macam mana nak luaskan bisnes lagi, dan Tuhan memang Maha Adil, bila kita usaha sehabis baik, apa yang kita dapat memang setimpal dengan apa yang kita usahakan, tak percaya?cuba lah..satu masa tu ada company yang offer nak bagi mudahkan bisnes aku, masa tu Tuhan je tahu perasaan aku..sampai ke hari ini, customer semua berpuas hati dengan apa yang kami buat, Syukran Syukran ya Allah..
Makbapak aku tahu aku berbisnes selepas 3 bulan aku start bisnes, diorang happy sebab masih belajar mampu buat duit sendiri, siap belanja adik-adik..korang akan tahu rasa manisnya bila duit yang korang dapat di kongsi dengan insan-insan tersayang..kadang makbapak call, tanya keadaan aku, bisnes okey ke tidak, its a such happiness for me bila yang kita usahakan then dapat sokongan moral dari parents..oh ya, bapa aku pun bisnes jugak, hehe, dah lama dah, bisnes pakaian, mungkin sebab tu aku selalu minta pandangan beliau dalam hal hal bisnes macam ni..aku belum berjaya lagi, tapi aku akan buktikan dengan diorang yang aku mampu berjaya nanti..
Oh ya, ada yang tanya apa tips nak berbisnes, korang pasang niat elok elok dalam hati, aku bisnes untuk bahagiakan mak bapak di rumah, aku nak diorang rasa hasil titik peluh aku, tu je, dan last, "aku nak kaya" wahahhaha..okey, tu je lah nak share, tak de ape pun sebenarnya, cuma nak bagi semangat pada student dan suri rumah, daripada duduk depan laptop, baik buat duit sikit, sekurang sekurangnya duit yang kita keluarkan ada jugak yang masuk balik..hehehe
terima kasih sudi baca :')