CABAR diri ANDA cari GAMBAR ngeri di sini !!!

assalamualaikum dan selamat pagi..

di bawah ini ada satu permainan yang menguji emosi anda !!...sebelum memulakan permainan, anda hendaklah tanya diri sendiri, anda TAKUT atau BERANI ??? 

hahahaha....

ha..selepas itu, barulah anda boleh memulakan permainan dengan niat yang betul..niat yang SALAH akan menerima hukumannya..jeng-jeng-jeng..!!!

permainan ini meminta anda untuk mengKLIK mana-mana perkataan di bawah sehinggalah anda terjumpa "benda tersembunyi" tersebut macam dalam tajuk di atas lah kan..malas taip...hahhh!! bukan senang taw...

yang tak dapat jangan berputus asa, teruskan mengKLIK perkataan di bawah sampai dapat...
kalau dapat, di ucapkan tahniah lah yahhh...hehehehe...

p/s : jangan mula dari atas atau bawah...nanti tak cukup tidur sebab benda tu..haha


                         

                                 KERETA                                                                      LAUT

                              
                                                    GIGI                                   LAPTOP

                                          
             TELEFON                                                                                                             SELIPAR

                     

                                                               PENSEL                                                                       


hanya game semata-mata (^_^) 

jom cek UPU kita !!!



ha...sini link yang boleh bagitaw kita result UPU..tapi cuma surat tawarannya belum ada..pukul 12 ni baru boleh dpt surat tawaran..jangan lupa cetak surat tawaran tu...


good luck !!!

RESULT UPU boleh cek di SINI !!!

 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

adakah anda seperti ini ????

heloo..selamat pagi semua..nampaknya tinggal 4 jam lagi kita dah boleh cek UPU ni kannn...

"takutnya...nervesnya...tak sabarnya"

mudah-mudahan apa yang kita harapkan tu dapat...insyaAllah..
entry ni ingin berkongsi dengan kawan-kawan STPM 2011 dan setaraf tentang laman web UPU dan USM..
untuk apa??? 

untuk memudahkan korang cek UPU lah nanti..
mesti berdebarkan..nervesssss...tak sabar...
amboi..semua perasaan ada ya..
huahuahua..

apa-apa pun kena banyak bersabar dan bertawakal..

okey..di bawah ini saya ada menyediakan 2 laman web..

1. laman web UPU

2. laman web USM

kepada yang dapat tu di ucapkan TAHNIAH !! 
dan yang tak dapat pulak jangan berputus asa...
boleh buat rayuan utk 2nd intake... 
ingat..rezeki ada di mana-mana..

drama dejavu di kinabalu

ketika waktu, mendatangkan cinta...
aku putuskan memilih dirimu...
setitik rasa itu..
menitis dan semakin parah...
lalalalala ~~~~~


pernah tengok drama di atas ????
cepat jawab...jawab..hehe..drama di atas bertajuk

" DEJAVU DI KINABALU "

anda boleh tengok drama ni pada :

setiap hari ISNIN - KHAMIS
pukul 7.00 mlm - 8.00 mlm
hanya di tv3

drama ni mengisahkan Nadira (Tiz Zaqiah) yang telah menerima pemindahan jantung
disebabkan dia menghidapi penyakit jantung..Nadira mempunyai tunang iaitu Bazli ( Nazim Othman)
dan dalam masa yang sama telah jatuh cinta bersama Amar (Aqashah )...
tapi kakak kepada Nadira ni yang bernama Uzma (Rebecca Nur Islam )pula sukakan Amar..hmmmmm

dalam drama ni banyak persoalan sebab jalan ceritanya berbelit-belit..TAPI..TAPI..TAPI..
drama ni sangatlah best..sampaikan tak akan tinggal 1 episod pon kalau
dah jatuh cinta dengan drama ni taw..!!

TAK PERCAYA ???
cubalah saksikan drama ni..

walaupun ada sikit-sikit adaptasi daripada drama korea tu..
(lupa tajuk drama korea tu)
tapi sekurang-kurangnya drama Melayu ni makin maju..hehehehe

gambar di bawah ni pulak barisan-barisan pelakon hebat drama ni..
patutlah drama pun best..
penerbit dan penulis skrip pulak ERMA FATIMAH..
tu yang buat kata-kata dalam drama ni sangatlah mantap..yeahh...
saya peminat Aqasha sebab dia cool...tengok tu...hehe


okeylah..dah habis nukilan tentang drama ni..saja promote..terima kasih..

bila result upu keluar ??





assalamualaikum dan selamat pagi..

wahh!! tengok title terus laju nak buka blog kan...hehe
itulah salah satu tajuk yang boleh tarik orang baca blog kita...

dah ..dah..dah..( keluar tajuk dah )

baiklah..pada pagi yang indah ini, saya ingin berkongsi tentang tarikh sebenar result UPU sebab kan... masih ada lagi kawan-kawan yang belum tahu tarikh sebenar pengumuman kemasukan U bagi student STPM 2011 dan setaraf..

TARIKH SEBENAR UPU ialah...jeng..jeng..jeng..
         .      .
         .      .
                   tarik mouse tu cepat-cepat kalau maw tahu
          .      .
          .      .
          .      .
           .      .
               
                    13 JULAI 2012 (JUMAAT)

esok boleh cek dah..lepas pukul 12.00 tengahari okeyyy...

begitu juga dengan KEPUTUSAN USM..boleh cek esok di laman web pohon@usm


semoga berjaya kawan-kawan (^_^)

tutorial ==> cara letak iklan nuffnang di blog

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
baiklah...tips pada kali ini ialah mengenai CARA LETAK IKLAN NUFFNANG DI BLOG..
tutorial ini khas untuk blogger-blogger yang baru "menceburkan" diri dalam berblog..
(salah satunya SAYA !!! )

TAPI

1 ==> sebelum itu PASTIKAN anda telah berdaftar dengan nuffnang ni..
     
ini link untuk buka nuffnang tu..http://www.nuffnang.com.my/my

2 ==> selepas itu, cuba buka dashboard dan klik sebijik macam gambar di bawah ini

 

3 ==> selepas itu, bolehlah pilih mana-mana jenis iklan untuk diletakkan dalam blog.
terdapat 3 jenis iklan iaitu : 

(Leaderboard)
(Skyscrapper
 Antara Entri di Blog (Large Rectangle)

kalau anda inginkan iklan tu berada di atas header blog anda, boleh rujuk di bawah ini.. 

  
1. Log In Blogger > Dashboard > Design > Edit HTML
2. Tick pada Expand Widget Templates.
3. Ctrl+F dan taip <body..
4. dah jumpa kan? copy code LeaderBoard di Nuffnang dan paste bawah <body tersebut. Contoh seperti di bawah okay!


lain kali saya bagi tutorial untuk pasang iklan nuffnang di sidebar blog pulak ya..ya..ya...



cara menaikkan berat badan yang baik

 

(^_^) – Makan Dengan Kerap

Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.
Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalah makanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.

(^_^) – Menambahkan Jumlah Kalori Dalam Badan

Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.

(^_^) – Makan Kacang Setiap Hari

Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.

credit from : blogkesihatan.com

15 pintu syaitan yang ada dalam diri kita ???????

Alhamdulillah..dapat upload gambar ni untuk tatapan muslimin dan muslimah semua... kannnn..hehe..bukan apa kan..kita kena berdakwah sikit-sikit walaupun kadang-kadang ada orang yang tak puas hati...hihihi..

entry kali ni pasal 15 pintu syaitan yang ada dalam diri kita...amboiii..tajuk pon dah macam seramm sikit kan...hehe..jom kita baca dari nombor 1 hinggalah 15..agak-agak ada kah salah satu list di atas dalam diri kita ???? hmmm...cuba renung-renungkan dan mari kita selesaikan dengan panduan 1 hingga 15 di atas tu jugak...

kalau ada, marilah sama-sama kita elakkan diri dari membuka pintu tersebut untuk syaitan...insyaAllah, istiqamah dalam setiap perbuatan baik...hehehe...dah..dah..dah..tak mahu taip panjang nanti bosan pulak pembaca kan...
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in