(^_^) – Makan Dengan Kerap
Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk
meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak
mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu
ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan
kerja harian.
Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu
mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds,
KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalah makanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.
(^_^) – Menambahkan Jumlah Kalori Dalam Badan
Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan
mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai
kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori
yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.
(^_^) – Makan Kacang Setiap Hari
Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu
untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing
Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan
kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan
akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak
dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita,
dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan
tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang
makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah
tidak benar.
credit from : blogkesihatan.com