kenapa seseorang curang

  

ketika itu kami masing-masing online dalam facebook..
sedang berchatting sesama sendiri..
tiba-tiba..
"kenapa lambat sangat reply mesej saya?" tanya si dia...
"maaf, tengah chat dengan seorang kawan tadi, dia tanya pasal kerja." jawab ku..
benda yang sama berlaku lagi..
"kenapa lambat sangat reply mesej saya ?" tanya si dia..
"maaf, tadi ada seorang senior ajak bncang pasal aktiviti ko-k" jawab ku..

"ke awak dah ada orang lain nih ? " tanya si dia..
"ehhh, mana ada, maaflah, tadi memang bisy" jawab ku..

rasa bersalah yang teramat sangat terhadap si dia..bukan bermaksud untuk  menduakan cintanya,
tapi benda sebegini berlaku tenpa di rancang..semua berlaku mungkin disebabkan perangainya..
yang kadang-kadang pernah menyakitkan hati, tak memahami..yeaaa...
perempuan ingin difahami..
memang hati perempuan sangat rapuh..
sebab itu jangan anggap perempuan nih terlalu lemah..
kadang-kadang dia try untuk jadi kuat, namun bila sudah tiuba masanya,
pastinya kekuatan itu akan bertukar menjadi kelemahan..

saya bercakap di sini bagi pihak orang yang curang..
kenapa kadang-kadang orang curang terhadap anda..
mari scroll entry ini sampai ke bawah..

1. Sikap sambil lewa
Memang kamu tidak punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.
 
 5. Membosankan
Rutin kamu berdua jalani sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan, sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana dia lebih mementingkan orang lain.
 
7. Tiada romantis
Kalau dahulu kamu berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara. Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan. Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan sahaja?
 
 8. Teman mesra
Kamu sendiri pernah melihat kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu, mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.
 
9. Jiwa kosong
Ketika hati kamu dilanda resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.

10. Pudarnya cinta
Kamu kurang pasti apa dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk semula?
 
  

sekian..

aku yang tersakiti

 


 
 
SAKIT rasanya bila kita mula menyayangi "orang" itu dan pada masa yang sama
"orang" itu turut menyayangi orang lain..dan tersangat SAKIT rasanya bila orang yang "orang" itu
sayang ialah kawan kita sendiri..
 
 
 
 

SAKIT rasanya bila kita telah memberi hampir sepenuh hati kepada "orang" itu
namun apa yang kita perolehi??? yang kita perolehi cuma sakit hati + kecewa + sedih..



SAKIT rasanya bila "orang" itu telah berjanji sesuatu untuk kita namun janji tersebut
tidak ditepati..boleh jadi seseorang tidak akan percaya anda lagi bila benda sebegini terjadi..


  

SAKIT rasanya bila hanya kita seorang yang terlalu sayang kepada "orang" itu namun 
"orang" itu hanya sayang "little bit only" kepada kita..sedihnya..

 

SAKIT rasanya bila rasa sayang kita ditolak begitu sahaja dari "orang" itu..
pasti ramai yang pernah alaminya kan..jangan sedih, masih ramai yang nak kan kamu...
 
 
  
SAKIT rasanya bila "orang" yang kita suka itu bersifat ego yang terlalu tinggi..
benci..hahahaha..


 
 
SAKIT rasanya bila kita dah suka dengan orang lain namun dalam masa yang sama
ada pulak orang yang suka kita..TAPI, kita juga suka dengan orang yang suka kita itu...
hahahahaha..tak tahu yang mana satu pilihan hati..
ewahh..ewahhh...(perasan)
 
nevermind, orang yang kita sayang mungkin tak menyayangi kita namun
kita ada Tuhan yang sentiasa menyayangi kita..kita ada family yang selalu menyayangi kita..
kita ada kawan-kawan yang selalu ada di samping kita...
 
mungkin kita harus memendam saja perasaan itu, tak perlu diluahkan..
kerana semakindiluahkan, semakin bertambah rasa sayang itu..percayalah..
hahahaha..
 
okey..kesimpulannya di sini !!
 
   

yeahh..aku akan berhenti berharap untuk "orang" itu..
WALAUPUN
.
.
.
.
 
 
 

hati tak tenang melupakanmu..(jiwang !! ) hahhahahha
BECAUSE
.
.
.
.
 

  
 
 kepada "orang" itu, aku hanya mampu berdiam diri..
menyimpan perasaan dalam hati..
tak guna diluahkan..
andai "orang" itu bukan milikku..
hahahahaha..
(jiwang tak ??)
 
sekian.. 

klip video "aku yang tersakiti"





 





salam aidiladha Usm

  

hari ini ada sambutan majlis raya di USM..nak update blog saat ini memang macam 
tiada mood..why..why..why..??
yeaaa..sebab gambar-gambar yang telah diambil menggunakan kamera fon ku ini
telah hilang..huhuhu..

1st, sedih sebab tadi sebelum kami pergi ke majlis tersebut, aku dah cakap yang aku akan 
update blog hari ini pasal majlis kami itu..
bila balik bilik, dah copy semua gambar dalam memory fon ke dalam laptop
TAPI rupa-rupanya semua gambar TIDAK ter'copy' 
dan pada masa yang sama, aku dengan penuh bijak telah memadam
semua gambar-gambar dalam fon tersebut..yelahhh..konon-konon
gambar itu dah dicopy masuk dalam laptop kann..

seriously, mood yang happy gilerrrr telah bertukar menjadi mood sedihh..
yeahhh...sangat-sangat sedih..hanya Tuhan yang tahu..>.<

patutlah sebelum masuk bilik aku sempat ambil gambar muka "frust"..!!
rupanya ada maksud disebalik gambar tersebut..

okey..dah..dah..tak mahu sedih-sedih..jom terjah gambar-gambar kami
yang sangat happy beraya bersama budak-budak Sabah..

p/s : kepada kawan-kawan yang gambarnya kurang dalam entry kali nih, 
CikMissNita minta maaf sangat-sangat..
 
 



























 
 muka stress + sedih + merajuk


 =.='


salam aidiladha buat perantau-perantau di USM..
lalalalala...







 

cincin idaman

 

ewahhh..ewahhh..tengok tajuk entry pun nampak sangat macam nak kawin kan..
sebenarnya bukannn..jangan nilai dari tajuk dulu sebelum membaca kandungan yang tersurat dan tersirat..
hahaha..

entry kali ini nak kongsi dengan pembaca semua pasal cincin idaman nih..
semua wanita-wanita di luar sana mesti suka tengok perhiasan nih kan..
actually, cincin ada banyak jenis..ada yang unik, yang cantik, yang comel, dan yang MAHAL..!!

bergantung kepada jenis cincin jugaklah kan..kalau cantik, mustahil harganya murah..
yeaaaa dakk?? huhuhu =.='

di bawah nih ada beberapa jenis cincin sesuai untuk majlis pertunangan atau pernikahan..
tetapi faham-faham lah sekarang nih pun dah banyak wanita-wanita yang menggunakan
cincin sebagai perhiasan jari yang mulus-mulus itu..heehe
 

# cincin yang sangat simple, sesuai dengan gaya si pemakai 
yang gemarkan ke'simple'an..hehehe
# batu permata yang kecil di tengah2 cincin melambangkan hanya
seorang sahaja 'buah hati' nya.. >.<
# warna silver melambangkan seseorang yang gemarkan gaya elegant..
# sesuai untuk remaja di bawah umur 23 tahun..
 


# cincin ini agak sesuai digunakan sebagai perhiasan sahaja..
# batu permata yang berwarna kebiruan melambangkan ke'neutral'an hati 
si pemakai..hahaha
# bentuk yang agak unik pastinya menambat hati si gadis yang masih berumur
lingkungan 20-an..


# cincin yang sangat nampak "ayu" dimataku..
# dengan bentuk cincin yang bengkok, dan terdapat batu permata yang besar di tengah
cincin amat sesuai digunakan sebaga cincin pertunangan..
# agak simple tapi masih tersenarai sebagai cincin yang tercantik dimataku..
(^_^)


# cincin yang agak "wowwww"..
# setiap badan cincin dihiasi dengan batu permata yang kecil dan berkilau..
# sesuai untuk majlis-majlis tertentu especially majlis makan malam..
# menampakkan personaliti yang sangat berani..
# tapi boleh jugak digunakan sebagai hiasan pengikat tudung..
hahahaha..


# inilah cincin idamanku..!! (cincin yang kanan)
#agak simple, i know it..but i have reason why i choose it..yeahhh...hihi
# batu permata yang sangat comel menghiasi bahagian atas cincin menunjukkan
perasaan yang sangat terpendam..(jiwang pulakk!)
# jenis cincin yang bersaiz agak kecil menambat hatiku..(sebab aku tak suka tengok cincin besar)
# warna emas menunjukkan yang aku semakin matang memilih warna =.=' (merapu)
# cincin ini unik..sekian..


lepas ini kena pergi kedai emas, beli cincin serupa macam ini..hahaha
sekian,..

hidup yang selalunya magik !!

 



MAGIKNYA HIDUP apabila kadang-kadang perkara yang kita inginkan
tidak diperolehi tetapi Tuhan berikan pula dengan perkara yang kita tidak mahu..tetapi benda yang kita
tidak mahu itulah yang selalu memberikan pelbagai kebaikan untuk diri
sendiri.... ingat, Tuhan 
tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

MAGIKNYA HIDUP apabila seseorang yang  tidak pernah kita kenali dan tak terlintas difikiran 
pun kita akan bertemu dengannya..itulah yang dinamakan semua telah diaturkan 
oleh Ilahi..pelbagai persamaan antara diri kita dengan dirinya yang 
tidak terjangkau di akal firian yang kita akan bertemu dengan orang sepertinya..

MAGIKNYA HIDUP apabila seseorang yang kita pernah sayang dan jaga bagai 
nak rak kini menjadi seseorang yang kita benci..tak terlintas pon difkiran yang suatu
hari nanti kita akan membencinya seperti itu hanya disebabkan kesalahan yang dilakukannya 
dahulu..itulah kata orang tua-tua, jangan terlalu sayang sesuatu 
kerana takut rasa sayang boleh bertukar menjadi benci..

MAGIKNYA HIDUP apabila seseorang yang hatinya sunyi tanpa teman tiba-tiba 
Tuhan temukan dengan seseorang yang dapat menghiburkan hati..doa yang selalu 
dipanjatkan kepada Ilahi telah dimakbulkan walaupon kadang-kadang 
Tuhan sengaja melambatkan hajat doa kita..sebab Dia ingin 
melihat sejauh mana kita berharap dan berserah kepadaNya..

MAGIKNYA HIDUP apabila sesuatu yang kita tidak pernah suka dan membencinya
tetapi Tuhan berikan kita untuk kita rasai benda itu..semua yang berlaku ada hikmahnya..
Tuhan sengaja memberikan apa yang kita tak sukai agar kita sentiasa tahu erti bersyukur...

MAGIKNYA HIDUP apabila gerak hati menyatakan bahawa dia adalah jodoh kita..
walaupun sebenarnya gerak hati saja tidak memadai..
namun, bila Tuhan telah memberikan kelapangan hati dan minda untuk 
menerimanya, semua akan menjadi magik !!


MAGIKNYA HIDUP apabila sesuatu prinsip yang kita pegang kuat selama ini
mula rapuh di tengah jalan..Tuhan ingin tunjukkan kepada kita bahawa kita jangan terlalu ego
dengan prinsip sendiri..



Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in