kenapa seseorang curang

  

ketika itu kami masing-masing online dalam facebook..
sedang berchatting sesama sendiri..
tiba-tiba..
"kenapa lambat sangat reply mesej saya?" tanya si dia...
"maaf, tengah chat dengan seorang kawan tadi, dia tanya pasal kerja." jawab ku..
benda yang sama berlaku lagi..
"kenapa lambat sangat reply mesej saya ?" tanya si dia..
"maaf, tadi ada seorang senior ajak bncang pasal aktiviti ko-k" jawab ku..

"ke awak dah ada orang lain nih ? " tanya si dia..
"ehhh, mana ada, maaflah, tadi memang bisy" jawab ku..

rasa bersalah yang teramat sangat terhadap si dia..bukan bermaksud untuk  menduakan cintanya,
tapi benda sebegini berlaku tenpa di rancang..semua berlaku mungkin disebabkan perangainya..
yang kadang-kadang pernah menyakitkan hati, tak memahami..yeaaa...
perempuan ingin difahami..
memang hati perempuan sangat rapuh..
sebab itu jangan anggap perempuan nih terlalu lemah..
kadang-kadang dia try untuk jadi kuat, namun bila sudah tiuba masanya,
pastinya kekuatan itu akan bertukar menjadi kelemahan..

saya bercakap di sini bagi pihak orang yang curang..
kenapa kadang-kadang orang curang terhadap anda..
mari scroll entry ini sampai ke bawah..

1. Sikap sambil lewa
Memang kamu tidak punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.
 
 5. Membosankan
Rutin kamu berdua jalani sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan, sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana dia lebih mementingkan orang lain.
 
7. Tiada romantis
Kalau dahulu kamu berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara. Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan. Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan sahaja?
 
 8. Teman mesra
Kamu sendiri pernah melihat kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu, mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.
 
9. Jiwa kosong
Ketika hati kamu dilanda resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.

10. Pudarnya cinta
Kamu kurang pasti apa dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk semula?
 
  

sekian..

Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in