mungkin entry terakhir

  

kata-kata kadang-kadang tidak mampu mengungkapkan 
rasa di dalam hati..
namun, tingkah laku seseorang mampu mengungkapkan rasa itu..
tidak mampu berkata apa-apa, cuma mampu meluahkan dalam blogku yang sudah dianggap seperti diari hidup..
bukan untuk meminta simpati daripada sesiapa,
 tapi hanya untuk berkongsi
sesuatu yang mungkin akan memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..

mungkin ini adalah entry yang terakhir mengenai kekecewaan, selepas ini, aku akan 
berubah menjadi seperti yang dulu, seorang yang happy go lucky, independent, tidak cepat melatah 
dan yang paling utama, menjadi seorang yang sabar..
insyaAllah..

ujian yang perit dari Allah kadang-kadang tidak mampu untuk kita pikul, namun, siapa sangka, 
ujian yang diturunkan untuk kita 
sebenarnya mampu untu kita galas sepenuhnya..
ujian ini yang memberi kesedaran kepada kita bahawa 
Allah maha penyayang..

yeaa..banyak buktinya, apabila kita bersendirian, pertama yang kita cari ialah Allah..
dan Allah selalu bersama kita walaupun kadang-kadang kita selalu lupa Dia..
syukran ya Allah..:')
Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis
nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.

Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga ".
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 ruang yang kosong di hati manusia selalu tercari-cari untuk di isi sama ada untuk harapan mahupun semangat..
tapi kadang-kadang apa yang datang pada kita bukan seperti apa yang kita harapkan..yang ada cuma kekecewaan,kesedihan..dan kesunyian..
harapan saya, semoga hari ini ketabahan dan kesabaran menemani kita..dan insyaAllah hari esok, Allah akan anugerahkan azimat pengubat duka semalam.. 
buat mereka diluar sana, jangan terlalu berputus asa bila 
perkara sebegini berlaku..insyaAllah, akan ada orang yang terbaik
untuk kita..cuma masih belum masanya kita bersama dia kerana
Tuhan mahu kita lebih fokus kepada benda yang wajib daripada
benda sebegini..yeaaaaa..   
 
 
sekian.. 

"dia" yang memahamiku

 
salam 1 Malaysia semua..
hari ini nak share sesuatu dengan kamu semua mengenai..
"mesej free daripada 22990, 22228 dan 27773"
siapa pernah dapat mesej daripada number tersebut cepat angkat tangan..!!
hehehe
 
saya bukan nak share pasal mesej-mesej tersebut sahaja tapi nak share
"masa number-number ini send mesej kepada kita kadang-kadang sangat bertepatan 
dan berkait dengan diri kita pada masa itu"
faham tak nih??
hahahaha..
okey..okey..okey..saya bagi contoh yea..
mari scrool bawah entry nih sampai habis..
"daripada 27773 (RM0.00 Mengapa perlu bersendirian?! Ceriakan hidup anda dgn SMS & MMS
rakan2 baru di MyChat. htr ON MYCHAT ke 27773. RM0.15 'SMS htr. SMS terima
adalah percuma"
 
dan pada masa yang sama, mesej ini dihantar semasa saya sedang bisy membuat 
homework online business statistik dalam bilik sorang-sorang last week time cuti raya haji..
masa itu tak dapat nak join kawan-kawan yang lain berjalan-jalan ke bukit jambul..
nampak sangat 'dia' prihatin kat saya..hahaha
"daripada 22228 (RM0.00 :Tambatlah hati si dia dengan memahami sikapnya. Dia pasti
akan lebih menyayangi anda. Hantar ON RW utk Rahsia Wanita dan ON RL utk Rahsia Lelaki ke 22228"
dan pada masa yang sama, mesej ini dihantar semasa saya sedang 'berselisih faham'
dengan seseorang..time tuh jugak saya ketawa sorang-sorang disebabkan
mesej tersebut..yelah, nampak sangat "dia" tengah tahu saya tengah 'berperang'..
hahahaha

"daripada 22990 (RM0 > Berjanji akan mencintai yang satu? Jom m/turunCall Me Tones Kau 
Satu-Satunya skrg dgn mdail *888*104254 & tekan Call..RM1.50 ' CMT -theCube"
dan pada masa yang sama, mesej ini dihantar semasa saya sedang menaip entry 
baru-baru ini yang bertajuk "kenapa seseorang curang"..
hahahaha..lawaknya..adoii..
mesej ini memang kebetulan saja kot di hantar kepada saya..
yelahhh..walaupun kebetulan tapi agak pelik..hahaha
okey, saya akan berjanji mencinta yang satu iaitu Allah dan my parents..
: ')
"daripada 22990 Cinta sejati tidak mementingkan harta dan rupa. Dptkan CallMeTones Kau
Satu-Satunya di hati _ UK's di the cube skrg. Dail *888*167761# & berpeluang bawa pulang 
GalaxyNote2"
dan pada masa yang sama, mesej ini baru sahaja di hantar sebelum saya bersiap untuk
solat maghrib tadi...yang mesej kali ini tiada mengena masa itu..hehehehe
 
sekian..hehehehe

special for you..anieq

  


untukmu sahabatku..

 

  

  

 


 

 

love our friendship forever until jannah..insyaAllah..
(^_^)






Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in