kata-kata kadang-kadang tidak mampu mengungkapkan
rasa di dalam hati..
namun, tingkah laku seseorang mampu mengungkapkan rasa itu..
tidak mampu berkata apa-apa, cuma mampu meluahkan dalam blogku yang sudah dianggap seperti diari hidup..
bukan untuk meminta simpati daripada sesiapa,
tapi hanya untuk berkongsi
sesuatu yang mungkin akan memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..
mungkin ini adalah entry yang terakhir mengenai kekecewaan, selepas ini, aku akan
berubah menjadi seperti yang dulu, seorang yang happy go lucky, independent, tidak cepat melatah
dan yang paling utama, menjadi seorang yang sabar..
insyaAllah..
ujian yang perit dari Allah kadang-kadang tidak mampu untuk kita pikul, namun, siapa sangka,
ujian yang diturunkan untuk kita
sebenarnya mampu untu kita galas sepenuhnya..
ujian ini yang memberi kesedaran kepada kita bahawa
Allah maha penyayang..
yeaa..banyak buktinya, apabila kita bersendirian, pertama yang kita cari ialah Allah..
dan Allah selalu bersama kita walaupun kadang-kadang kita selalu lupa Dia..
syukran ya Allah..:')
Semalam
awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang
saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa
itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah
saya yang sebenarnya..
Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba
menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup
saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis
nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.
Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang
sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab
saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana
dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga ".
ruang yang kosong di hati manusia selalu tercari-cari untuk di isi sama ada untuk harapan mahupun semangat..
tapi kadang-kadang apa yang datang pada kita bukan seperti apa yang kita harapkan..yang ada cuma kekecewaan,kesedihan..dan kesunyian..
harapan saya, semoga hari ini ketabahan dan kesabaran menemani kita..dan insyaAllah hari esok, Allah akan anugerahkan azimat pengubat duka semalam..
buat mereka diluar sana, jangan terlalu berputus asa bila
perkara sebegini berlaku..insyaAllah, akan ada orang yang terbaik
untuk kita..cuma masih belum masanya kita bersama dia kerana
Tuhan mahu kita lebih fokus kepada benda yang wajib daripada
benda sebegini..yeaaaaa..
sekian..