Tajuk tak boleh blah..haha
Untuk pengetahuan semua, SSM sekarang dan makin tegas..dulu masa aku jadi dropship bolehlah lepas tangan lagi, malas untuk daftar perniagaan dengan alasan aku tak pegang stok -..- whatever..tapi sudah lama sangat aku dalam bidang ini.ececeh..so aku kena daftar jugak..untuk memudahkan urusan masa depan diri sendiri jugak..sebab apa? mari aku bagitahu..
1. Memudahkan pinjaman bank
haha..yang ini paling penting..yelah..kalau nak beli kereta, nak beli rumah, nak buat kahwin (buat loan di bank) semua perlukan nombor pendaftaran SSM tau..kalau dah daftar terus je dapat buat loan tak ape lagi, ini ada syarat kena berdaftar ada yang sekurang-kurangnya 2 tahun nokkkssss..nangis menyesal tak daftar awal-awal kan..tapi aku tak tahulah kalau ada yang tawarkan lebih kurang dari 2 tahun :)
2. Memberi keyakinan kepada pelanggan
tak rasa cemburu ke bila buka instagram shop orang lain dan nampak ada nombor SSM dalam bio insta diorang..haha..dengan adanya nombor SSM, boleh tarik lagi ramai pelanggan tau..sebab diorang lebih yakin nak beli dengan korang..kalau nak bagi contoh senang je, cuba jadikan diri anda sebagai customer sendiri nak beli barang secara online..mana yang korang lebih utamakan?mesti yang ada no SSM..betul tak..betul tak..
3. Senang pelanggan nak trace jualan anda
yer..masa kita daftar SSM tu, semua benda kita tulis nak jual apa. semua tu di masukkan dalam rekod SSM..so bila customer tak percaya diorang boleh je cari sendiri bagi naikkan tahap yakin pelanggan sendiri..
#sebenarnya, dulu aku ingat leceh nak daftar-daftar perniagaan bagai ni, tapi senang je prosesnye, senang sangat..aku buat di seberang jaya, pulau pinang, bangunan kwsp :)
1. sediakan fotostet ic anda
2. bawa duit rm70
3. kalau rajin bawa pen hitam (takut ramai orang masa tu nak berebut pen pulak satu hal)
4. ambil borang, isi,
5. dapatkan nombor giliran
6. hantar borang ke kaunter
7. tunggu dalam 10 minit, perniagaan anda telah pun di daftarkan
senang bukan? oh yaaa, jangan lupa sediakan 3 nama perniagaan anda yang berbeza supaya nanti bila pegawai periksa, kalau ada nama yang sama dengan orang lain, so diorang akan pilih nama lain antara 3 nama yang korang bagi tu..senang cakap, SPARE..hehe
itu sahaja perkongsian kali ini, bye bye :)