tips tenangkan hati yang lara

  

helooowww...dah beberapa hari tak update blog...rindu teramat sangat dengan blog ni...
okey..okey...okey...

entry kali ni nak share ngan kawan-kawan di luar sana tentang tips-tips tenangkan hati...
amboiii...tajuk entry macamlah penulis blog ni pakar sangat kann...

of coss lah TIDAK...saya tidak pakar dalam hal-hal sebegini...cuma saya pun manusia jugak...boleh 
rasa hati tak tenang or not kan..hati tak tenang ada banyak sebab..especially yang memang ada
darah gemuruh tu hahhh !! like me..(tak sangantlah)

salah satu sebab hati tak tenang ialah ------>>>>

1. Pemarah:
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang
 
.2. Pendendam:
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki:
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil:
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak:
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar:
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego:
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak:
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. Cinta Dunia:
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
 

look...mesti salah satu benda di atas tu ada dengan kita kann...kalau TAK..alhamdulillah..
we must prevent all of this from our heart and our soul...

dan sekarang kita lihat pula cara-cara tenangkan hati kita ------->

1. Keluar Mencari Kedamaian
Bila fikiran sesak dengan masalah dan rasa lemah elok untuk kita keluar mencari kawasan yang sedikit tenteram dan menikmati ketenteraman itu. Biasanya kawasan tenang ni keindahan semulajadi macam pokok hijau, air mengalir dan sebagainya. Aku sendiri kalau serabut kepala suka pergi tasik kat belakang UIAM ni walaupun takde la bersih mana tapi tengok air tasik tu rasa tenang. Kedua selain tasik kalau hujan biasanya tingkap ni akan dibuka luas untuk tengok air hujan yang turun. Cuba jengah sikit tingkap tengok ke atas,tak rasa cool ke nampak hujan turun dari langit. Subhanallah keindahan alam.

2. Dengar Muzik Perlahan Yang Mendamaikan
Ini salah satu cara untuk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Tubuh mempunyai cas-cas positif dan negatif dan bila tak berada dalam keadaan seimbang tu yang angin kus-kus moody datang. Hehe. Cari alternatif dengan mendengar muzik seperti alunan Kiroro, Instrumental dan sebagainya. Memang terasa sangat tenang dan boleh tertidur. Elakkan dari mendengar lagu Linkin Park ataupun System Of A Down ( S.O.A.D ) ketika tengah stress bagi mengelakkan laptop atau music player korang dibaling ke tingkap. Tapi kalau putus cinta tu jangan duk layan lagu Perpisahan Ini dari Anuar Zain. Memang la lagu slow tapi masalah lain pula datang nanti iaitu banjir besar. Parah..parah.. Heee..

3. Makan Banyak dan Tidur
Salah satu cara yang mana diamalkan oleh pelajar-pelajar IPT ketika stress ialah makan banyak. Orang lain pun sama juga tapi mungkin kat sini aku banyak jumpa la. Ketika tengah stress pergi ke cafe berdekatan atau buka peti ais di rumah anda kemudian capai apa yang patut untuk dikunyah. Kerepek sedap gak, Johor kerepek murah. Selepas makan dengan banyak confirm rasa mengantuk akan datang dengan sendiri dan membuatkan korang tertidur lepas tu lupa sekejap perihal masalah yang ada. Namun, tip ini bukanlah yang terbaik kerana tidak bagus untuk kesihatan. Makan Tido, Makan Tido ape laa..

4. Luahan Rasa Hati
Kalau dipendam apa yang terbuku tu kadang-kala kita tak nampak penyelesaian. Bila tengah serabut apa yang nampak hanyalah jalan ringkas sahaja. Perlunya orang kedua yang dia pun dalam keadaan waras untuk kita luahkan masalah dan cari tempat untuk bercerita. Mesti rasa lega sikit punya. Cuma aku tak prefer sangat cara ni dengan diri aku sebab kadang-kadang rasa orang lain pun ada masalah sendiri. Lebih suka berdiam dan berahsia. Am I a secretive person?

5. Muhasabah Kesilapan Diri
Bila dah agak-agak tenang tu cuba untuk bermuhasabah dengan apa kesilapan diri. Ketepikan ego untuk seketika dengan merasakan diri sentiasa betul. Kalau betul takkan la ada masalah, logik kan? Nilai balik kesilapan diri dan ambil tindakan. Tindakan ni pun kena memerlukan satu jati diri yang kuat juga, sedar tanpa tindakan tak dapat apa-apa. Aku sendiri kurang sikit perihal yang ini. Sungguh!

6. Kembali Kepada Fitrah, Kenal Erti Syukur
Itulah yang terakhir untuk merasakan ketenangan yang jelas. Kembali kepada fitrah dengan beribadah dan berdoa. Fitrah dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah sedia ada pada manusia cuma kadang-kala terlupa. Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tak semestinya bertuah dapat apa yang kita ada. Kebijaksanaan, ilmu , harta tak semua orang ada. Walaupun kita ada sikit , hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk tingkatkan apa yang ada, buat peningkatan. Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi juga.

love Allah and our Rasulullah <3

doodle muslimah by APIT

 
 
wahh !! banyaknya doodle by Apit ni kann...khas buat muslimah yang suka benda comel-comel..
haaa...ambiklah seketul dua ketul...
 
sharing is caring kan...
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

rangking orang terkaya dunia

 
 
Senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang nombor 2 dan seterusnya, lihatlah rangking ni...

  1. Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
  2. Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
  3. Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
  4. Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
  5. Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
  6. Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
  7. Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
  8. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
  9. Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
  10. Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions
Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras!

ingat !! dengan duduk di hadapan laptop pun dorang semua ni boleh jadi kaya...
usaha tangga kejayaan...

* peringatan : kalau nak jadi kaya, ilmu pun mesti ada jugak..orang depan laptop pon bukan senang
nak jadi kaya okehhhhh...hehe

 
 

program siswa lestari USM

 
 
entry kali ini akan menceritakan tentang Program Siswa Lestari terutamanya bagi pelajar yang bakal menjadi 
mahasiswa/mahasiswi USM 2012/2013...
 
Program Siswa Lestari merupakan sebuah program khas bagi bakal pelajar USM..
 
program ini sebenarnya adalah program orientasi tapi digelar Program Siswa Lestari..
(cantiknya nama program)
 
dalam program ini, bakal pelajar akan diberikan ceramah-ceramah mengenai USM,.contohnya,
terdapat ceramah mengenai perpustakaan dan sebagainya...
 
kalau ingin tahu lebih lanjut mengenai program ini, klik link-link di bawah...
semuanya blog kakak-kakak dan abang-abang senior yang telah mengikuti program ini..
 best jugak cerita-cerita dorang..(turut disertakan gambar-gambar mereka)
 
RUGI KALAU TAK TENGOK !!
 
1. blog moshi-moshi  KLIK DI SINI !!

2. blog turning melancholy to magic  KLIK DI SINI !!

3. blog Addy's life as Diyana  KLIK DI SINI !!

sekian, harap membantu (^_^)

berita terbaru BIASISWA JPA 2012

 
 
TERKINI !!
 
BIASISWA JPA AKAN DIBUKA KEPADA PELAJAR YANG AMBIL IJAZAH 2012/2013 PADA 
 
6 OGOS (ISNIN)
PUKUL 5.00 PETANG
 


BAGI PELAJAR YANG MENDAPAT PANGGILAN DARIPADA JPA UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG STPM 2012 HENDAKLAH MENGISI MAKLUMAT PERIBADI DI LINK YANG DISEDIAKAN DAN CETAK SLIP TERIMA TAWARAN SEBAGAI RUJUKAN...

sekian, harap membantu (^_^)

DOKUMEN untuk PTPTN 2012



.





PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di peringkat pengajian berikut:-
ü  Diploma                                                      
ü  Ijazah Sarjana Muda
ü  Ijazah Sarjana
ü  Doktor Falsafah (PhD)
ü  Kursus Profesional

§  Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.

§  Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:-

i)             Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan, pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN
ii)            Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan, pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan.

§  Bagi pelajar yang membatalkan pinjaman dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima tajaan daripada mana-mana penaja.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

§  Pemohon adalah warganegara Malaysia;
§  Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
§  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
§  Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
§  Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
§  Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
§  Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun;
§  Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
§  Mulai 1 Januari 2008, pembiayaan pendidikan hanya dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai akaun simpanan SSPN sekurang-kurangnya RM3,000.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM2,000.00 ke atas dan RM500.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000.00;

(Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimana pun pemohon diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20.00 sebelum layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum membuat permohonan PTPTN secara online.)

§  Tidak mempunyai penaja lain; dan
§  Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN

§  Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu mendapatkan Nombor Pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00. Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian.
§  Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
Ø   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).




KAEDAH PERMOHONAN


§  Permohonan dan semakan kelulusan boleh dibuat melalui kaedah Online di  http://epinjaman.ptptn.gov.my. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walaubagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan pada tarikh yang ditetapkan oleh PTPTN.

*peringatan : kira2 seminggu selepas tarikh penghantaran permohonan akan diumumkan sesiapa yang BERJAYA dapat PTPTN.

§  Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian berserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen tersebut beserta dokumen sokongan yang ditetapkan  kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing. Sila semak tarikh serahan dokumen tersebut yang telah ditetapkan oleh HEP.

§  Di antara  dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:-

1.    Maklumat Permohonan Pembiayaan. (boleh dicetak di Butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan Online yang didaftar oleh pelajar) – dokumen ini tidak perlu disahkan.
2.    Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama );
  1. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai);
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja);
  3. Salinan Buku Akaun Bank  (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah)
  4. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI / IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER) (Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan transkip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/layak dianugerahkan sijil);
  5. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja – PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON.
  6. Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung sebagai penjamin;
  7. Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;
  8. Salinan Surat pengesahan / surat akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat / sekiranya pemohon / ibu bapa kandung/ penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;
  9. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di  Pejabat Pos.

Dokumen sokongan tambahan (WAJIB) bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pembiayaan pada semester 2 dan ke atas:

  1. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar Dari IPT. Pengesahan daripada Dekan / Ketua Program / Pegawai Hal Ehwal Pelajar].
  2. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.

§  Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak.

§  Pegawai yang menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:

a)    Wakil Rakyat/Senator
b)    Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c)    Pengamal Undang-undang
d)    Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai
e)    Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f)     Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf  dan ke atas.
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
h)   Untuk SABAH dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.

(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai jawatan pegawai dan jabatan/alamat di mana pegawai bertugas)

§  Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan PTPTN boleh diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my


PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan ke akaun pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN;

§  Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.


PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00;

§  Menangguhkan pengajian;dan

§  Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.


            PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN  semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

§  Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

sekian, harap membantu..


pertanyaan anda tentang USM terjawab disini

1. PENYEDIAAN KAD SISWA
LAMPIRAN A
  • Kad Siswa merupakan kad pengenalan rasmi siswa USM. Siswa diwajibkan memakai dan mempamerkan kad ini sebagai pengenalan diri sepanjang masa ketika berada di dalam kampus dan untuk semua urusan rasmi dengan pihak Universiti. Kad Siswa tidak boleh dipindah milik atau diberikan untuk kegunaan pihak lain.
  • Siswa dikehendaki mengambil foto untuk penyediaan kad siswa seperti yang dijadual dalam Program Siswa Lestari. Siswa tidak dibenarkan memakai baju / tudung berwarna putih. Sila bawa Lampiran A semasa sesi fotografi.
  • Jika berlaku kehilangan atau kerosakan kad ini, siswa perlu membuat laporan di Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Canselori dengan mengisi Borang Permohonan Kad Siswa.
  • Siswa perlu buat pembayaran sebanyak RM60.00 di kaunter Unit Akaun Pelajar, Bangunan C04, Jabatan Bendahari. Siswa perlu mendapatkan surat pengesahan kehilangan daripada Seksyen Pengambilan Pelajar.

*peringatan : lampiran A (borang gambar untuk kad siswa) boleh dilihat dalam pohon@USM

2. LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
LAMPIRAN B
  • Siswa dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut :
a) Membuat Pemeriksaan Perubatan dan x-ray dada di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang SAHAJA. Sila gunakan Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan – LAMPIRAN B untuk tujuan tersebut.

b) Mendaftar diri di kaunter Pusat Sejahtera bagi mendapatkan temujanji Pemeriksaan Perubatan pada hari melapor diri di Desasiswa-desasiswa masing-masing.

c) Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray dada akan menjadi hak milik Universiti. Namun demikian, sekiranya siswa menarik diri atau bertukar universiti, siswa boleh mendapatkan Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray dada siswa di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia. Jika perlu, pihak berkuasa Universiti akan membuat Pemeriksaan Perubatan ke atas diri siswa di Hospital yang dipilih oleh pihak Universiti selepas mendaftar diri sebagai siswa. Jika ini berlaku, siswa mungkin dikehendaki membiayai perbelanjaan rawatan tertentu yang tidak ditanggung oleh Universiti.

d) Bayaran yang dikenakan kepada setiap siswa yang membuat Pemeriksaan Perubatan dan x-ray dada di USM adalah sebanyak RM50.00 seorang. Bayaran ini telah pun dimasukkan dalam Bil Bayaran Yuran Pengajian yang dikenakan pada siswa. Rujuk Bil Bayaran Yuran Pengajian yang disertakan bagi mengetahui jumlah yang perlu siswa bayar – LAMPIRAN C atau C1

*peringatan : lampiran B ialah borang untuk buat pemeriksaan kesihatan dan memerlukan sekeping gambar berukuran passport.

3. MAKLUMAT SISWA (REKOD)
  • Siswa perlu menyediakan satu (1) salinan kad pengenalan dan dihantar melalui emel (sdrp@usm.my) atau pun melalui pos ke Seksyen Data dan Rekod Pelajar sebelum melapor diri di USM.

A ) PENGHANTARAN PENGENALAN MELALUI EMEL:
a. Sila buat salinan Kad Pengenalan dengan menggunakan kertas saiz A4
 ( sila pastikan salinan kad pengenalan tersebut boleh dibaca dengan jelas)

b. Sila buat dua (2) garisan di atas salinan kad pengenalan anda dan tuliskan: "UNTUK SDRP SAHAJA"

c. Imbas (scan) salinan kad pengenalan anda dan simpan (save) dengan menggunakan no kad pengenalan anda format Adobbe Acrobat ( .pdf )
Contoh: 930231075004.pdf

d. Hantar fail tersebut melalui emel: SILA TULISKAN nama program pengajian yang ditawarkan kepada anda pada SUBJECT. Anda perlu Attach File tersebut dan hantar (send) sdrp@usm.my.

*peringatan : kepada pelajar yang ingin menghantar melalui pos kena tunggu surat tawaran dlu sebab dalam tu ada sampul surat khas untuk pos IC kita tu..

4. PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI
LAMPIRAN C DAN C1
  • 5.1 YURAN UNIVERSITI
Yuran Universiti terbahagi kepada tiga (3) komponen berikut :
1) Yuran Tak Berulang
Dikenakan sekali sahaja kepada siswa baharu. Sila rujuk jadual dibawah untuk maklumat terperinci.

Kegiatan Pemajuan Siswa
200.00
Minggu Suaikenal
100.00
Tunas Alumni*
100.00
Kad Siswa
60.00
Pemeriksaan Kesihatan
50.00
Pendaftaran
100.00
Bon Persendirian (Deposit)
-
Jumlah
610.00
*Bayaran termasuk Perlindungan Insurans Kemalangan Berkelompok sepanjang pengajian

Nota : Siswa tahun akhir akan dikenakan Yuran Konvokesyen (sekali sahaja) sebanyak RM120.00

2) Yuran Berulang
Perlu dibayar sebelum / awal setiap semester. Jadual Bayaran Yuran di Lampiran C & C1 menunjukkan secara terperinci jumlah pecahan yuran berulang mengikut kategori siswa untuk semua Program Pengajian Ijazah Pertama.

3) Yuran Desasiswa
Perlu dibayar sebelum / awal setiap semester sekiranya siswa menginap di Desasiswa yang disediakan. Yuran Desasiswa seperti di Lampiran C2.

Bagi tujuan pendaftaran sebagai Siswa Universiti Sains Malaysia, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan mengikut Program Pengajian yang telah ditawarkan adalah seperti di Bil Bayaran Yuran Pengajian. Bil ini boleh diperolehi melalui portal https://pohon.usm.my. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Siswa mengikut Program Pengajian yang ditawarkan adalah :-
Amaun Bil = Yuran Tak Berulang + Yuran Berulang + Yuran Desassiwa

*peringatan : yuran desa masing2 adalah berbeza dan hendaklah di bayar setiap semester

5. KAEDAH PEMBAYARAN
  • Sebelum sebarang pembayaran dibuat, sila pastikan segala butiran yang terkandung dalam Bil Bayaran Yuran Pengajian adalah tepat. Berikut disenaraikan cara pembayaran yang boleh digunakan dalam menjelaskan bayaran yuran dan langkah susulan yang perlu diambil semasa hari pendaftaran nanti.
a) Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Islam (M) Berhad di mana-mana cawangannya di Malaysia. Slip Pembayaran Bil perlu dilengkapkan dengan maklumat siswa sebelum membuat bayaran. Pastikan satu salinan Slip Pembayaran Bil disimpan sebagai bukti pembayaran. Contoh slip boleh dirujuk di Lampiran C3.

b) Pembayaran secara online (pindahan tunai atau kad kredit) melalui portal ePayment@ USM. Kemudahan ini ada disediakan bersama paparan Bil Bayaran Yuran Pengajian. Untuk maklumat lanjut bagi mod pembayaran ini, sila layari tatacara pembayaran disediakan bersama paparan bil atau laman web Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia. Pastikan satu salinan transaksi bayaran dicetak sebagai bukti pengesahan pembayaran.

Sila pastikan bahawa pembayaran dibuat semasa menerima tawaran atau selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pendaftaran. Salinan transaksi bayaran hanya untuk simpanan dan tidak perlu dikemukakan pada hari pendaftaran.

*Siswa adalah dinasihatkan agar TIDAK membawa wang tunai dalam jumlah yang besar semasa Program
SISWA LESTARI..


6. PENGINAPAN DALAM KAMPUS (DESASISWA)
  • Semua siswa baharu yang mendaftar akan disediakan tempat penginapan di Desasiswa (asrama) dalam kampus. Semua siswa WAJIB menginap di Desasiswa sepanjang Program Siswa Lestari dan juga sepanjang Semester I Sidang Akademik 2012/2013.

7. LAPOR DIRI DI DESASISWA
  •  Bagi siswa dari Sabah dan Sarawak yang tiba awal, penginapan sementara hanya disediakan kepada siswa sahaja di Desasiswa Aman Damai untuk lelaki dan wanita.
 Pada 1/09/2012 siswa dikehendaki mendaftarkan diri di desasiswa seperti yang tertulis di dalam surat tawaran. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2012/2013 bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut.
  •  Sila sediakan dua keping gambar terbaru berukuran pasport dan serahkan semasa mendaftar diri di Desasiswa masing-masing.
  •  Sepanjang tempoh penginapan di Desasiswa, siswa dikehendaki membawa bantal, sarung bantal dan cadar sendiri. Pihak Universiti tidak menyediakan kemudahan ini. Namun begitu siswa mempunyai pilihan untuk membeli keperluan tersebut di kedai-kedai yang terdapat di dalam kampus.
  •  Bagi memudahkan urusan pendaftaran siswa dan juga memastikan aliran trafik di dalam kampus berjalan lancar, sila pastikan kenderaan keluarga siswa dilekatkan dengan tanda nama Desasiswa yang dilampirkan sebelum memasuki kampus.

8. AKTIVITI PROGRAM SISWA LESTARI
LAMPIRAN D
  • Semua siswa baharu WAJIB mengikuti semua aktiviti Program Siswa Lestari sebagaimana yang terdapat di dalam jadual yang disertakan.
  • Aktiviti peloncoan (ragging) dengan apa cara pun DIHARAMKAN. Sila laporkan ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar atau pihak pengurusan Desasiswa siswa sekiranya perkara seperti itu dilakukan terhadap siswa.

9. PENDAFTARAN DIRI
  • Semua siswa baharu DIWAJIBKAN mendaftar diri di desasiswa yang ditetapkan. Siswa dengan rasminya menjadi siswa berdaftar Universiti setelah melalui aktiviti pendaftaran di desasiswa.

10. PENYEMAKAN SIJIL
  •  Hanya siswa dari kategori Diploma dan Setaraf sahaja yang perlu mengemukakan SIJIL-SIJIL ASAL dan salinan yang telah disahkan untuk tujuan penyemakan semasa aktiviti Pendaftaran Diri dijalankan. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2012/2013 yang disertakan bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut. Sijil-sijil yang diperlukan ialah:
a) Kad Pengenalan
b) Sijil Lahir
c) Sijil Kewarganegaraan (jika ada)
d) Surat Tawaran Rasmi
e) Sijil SPM/SPVM
f) Sijil SPM Bahasa Malaysia Julai (jika ada)
g) Sijil STP/STPM/HSC
h) Diploma/Sijil – Sijil (termasuk transkrip)
i) Sijil/Keputusan Matrikulasi
j) Sijil MUET
k) Sijil-sijil lain yang digunakan semasa membuat permohonan
*peringatan : Siswa juga dikehendaki menyediakan 8 keping gambar peribadi berukuran pasport
 (gambar terbaru) bagi tujuan pendaftaran kursus dan pendaftaran lain.

11. PERATURAN KENDERAAN BERMOTOR
  •  Semua siswa TIDAK DIBENAR menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kampus.
  •  Pihak universiti menyediakan perkhidmatan bas komuter yang berhawa dingin, yang bergerak di dalam kampus bagi membawa siswa, sama ada dari desasiswa ke dewan kuliah, tutorial atau makmal. Perkhidmatan bas komuter ini juga membawa siswa ke hampir semua destinasi di dalam kampus. Jadual pengangkutan bas adalah seperti berikut :
a) Isnin – Jumaat : 7.30 pagi – 10.00 malam
b) Sabtu : 8.00 pagi – 8.00 malam
  •  Pada setiap hari Sabtu, bas komuter akan bergerak ke luar kampus, ke pusat-pusat membeli belah (tertakluk kepada perubahan) bagi membolehkan siswa mendapat bekalan keperluan diri dan untuk beristirehat. Bagi mereka yang tidak menetap di desasiswa tetapi menetap di kawasan perumahan sekitar kampus turut menikmati kemudahan bas komuter di sebelah pagi untuk masuk ke kampus serta pada sebelah petang dan malam untuk balik ke rumah masing-masing.

12. KEMUDAHAN DALAM KAMPUS
  • Antara kemudahan dalam kampus yang disediakan oleh pihak Universiti ialah Bas Komuter, Kedai Mahasiswa, Kedai Buku, Pejabat Pos, Bank (CIMB, BSN, Bank Islam, Muamalat), ATM, Kedai Farmasi, Kafeteria setiap Desasiswa Kedai Serbaguna.
  • Peta Laluan Masuk Ke Kampus Induk, USM Pulau Pinang. Rujuk LAMPIRAN F.

*peringatan : semua lampiran boleh dilihat di pohon@ USM...

sekian..harap membantu..

gambar sekitar USM Penang

assalamualaikum...
dalam entry kali ni hanya untuk berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar USM untuk tatapan junior2 (termasuk saya) yang akan masuk untuk sesi 2012/2013...

sumber : google <3







































ini baru sedikit...kalau nak tengok lebih banyak pemandangan USM, jom klik link di bawah..kita boleh tengok kawan sekitar padang golf, ruma tetamu, muzium, stadium..banyak lagiiiiii ~~ semua pemandangan cantik2 belaka...


sekian, harap membantu anda...

JPA taja pelajar perubatan ke IPTS

600 calon STPM ditawar ke IPT swasta

Kuala Lumpur: Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ditawarkan mengikuti pengajian itu di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta dengan tajaan kerajaan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata seramai 600 pelajar mendapat keputusan cemerlang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 ditawarkan pengajian itu.

Semua calon ini akan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu menyatakan persetujuan atas tawaran diberikan, dan akan dihubungi JPA sebelum 15 Ogos ini". - Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
Surat tawaran

“Daripada angka itu, Bumiputera adalah 310 calon, Cina 260 calon, India 21 calon dan lain-lain kaum sebanyak 9 calon. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju menawarkan mereka tempat dalam bidang itu di IPTS terpilih.

“Semua calon ini akan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu menyatakan persetujuan atas tawaran diberikan, dan akan dihubungi JPA sebelum 15 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanapun tawaran berkenaan tidak terpakai kepada mereka yang memperoleh PNGK 4.0 tetapi sudah mendapat tawaran pengajian dalam bidang berkenaan IPTA awam dalam pilihan mereka.
Selain itu, mereka yang sudah mendapat tawaran di IPTA seperti yang dimohon berdasarkan pilihan pertama juga tidak layak untuk menerima tawaran berkenaan.
Untuk rekod, seramai 2,690 calon aliran Sains lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi memperoleh PNGK 4.0 dan daripada jumlah itu, kaum Bumiputera adalah 1,584 calon, Cina 920 calon, India 158 calon dan lain-lain kaum 28 calon.

sumber ; BERITA HARIAN

eh !! JPA belum buka ??

assalamualaikum...

dalam entry sebelum ni ada bagitahu biasiswa JPA sudah dibuka...
tapi bila buka link yang diberikan, memang belum nampak borang JPA lagi pun...

oleh itu, setelah di selidik semula, JPA ni buka 2 ogos 2012 untuk pelajar  STPM 2011....

cuba tengok printscreen di bawah...


sebelah kanan tu ada cakap "tiada info semasa yang baru"...JELAS KAN ???

yang di bawah tu pulak ada bagitaw " Program Pelajar Cemerlang Lepasan STPM Tahun 2012  
Kemaskini maklumat akademik bagi program pelajar terbaik STPM 2011 boleh dilakukan pada 2 Ogos 2012 jam 5 petang".

jadi, anda boleh mula tengok2 laman web ni mulai hari ini takut-takut kalau ada perubahan pulak...

SEKIAN....

sebarang soalan boleh tanya di inbox FB saya...(^_^)

PERMOHONAN BIASISWA JPA DI BUKA

assalamualaikum...
permohonan biasiswa jpa telah dibuka...tempoh masa hanya seminggu dari tarikh permohonan dibuka...
 
 
 
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDNbagi tahun 2012 mulai 1 Ogos 2012 pukul 5:00 petang. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2011/2012 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2012;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas:
    • Peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2011/ 2012 atau Semester I Sesi 2012/ 2013) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan
    • Peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2011/ 2012 atau Semester I Sesi 2012/ 2013) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/ Disember Sesi 2011/ 2012 atau Semester I Sesi 2012/ 2013.;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011)
    - Gred A- dalam 7 matapelajaran & kepujian dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Malaysia, atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2011)
    CGPA 3.50 (Minimum 4 matapelajaran gred B) atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia)
    - CGPA 3.50 (Minimum 10 mata pelajaran dengan gred minimum Jayyid Jiddan) atau
  • Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia/ UIA/ Program Asasi IPTA/ Pra-Universiti/ Foundation/ Alpha/ Diploma
    - CGPA 3.50
  • A-Level (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
    - 12 mata (gred minimum B dalam 3 mata pelajaran)
  • International Baccalaureate (IB) (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
    37 mata
2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
  • Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan

  • Kritikal – Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
  • Keutamaan – Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi.
  • Profesional – Sastera Ikhtisas – Sains Perubatan Veterinar, Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
  • Lain-lain – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

Bidang Yang Tidak Ditaja

  • Pendidikan;
  • Penerbangan;
  • Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan. Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
Peringkat Diploma
  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun
Peringkat Ijazah
  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari
    1. http://esilav2.jpa.gov.my atau KLIK DI SINI (^_^)

    1. http://www.jpa.gov.my atau KLIK DI SINI (^_^) 
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012 ini ialah pada 7 Ogos 2012  . Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012 ini dijangka akan diumumkan sebulan selepas tarikh tutup permohonan di laman web JPA, eSiLa.

Maklumat

-
rezeki ada di mana-mana (^_^)




Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in