pertanyaan anda tentang USM terjawab disini

1. PENYEDIAAN KAD SISWA
LAMPIRAN A
  • Kad Siswa merupakan kad pengenalan rasmi siswa USM. Siswa diwajibkan memakai dan mempamerkan kad ini sebagai pengenalan diri sepanjang masa ketika berada di dalam kampus dan untuk semua urusan rasmi dengan pihak Universiti. Kad Siswa tidak boleh dipindah milik atau diberikan untuk kegunaan pihak lain.
  • Siswa dikehendaki mengambil foto untuk penyediaan kad siswa seperti yang dijadual dalam Program Siswa Lestari. Siswa tidak dibenarkan memakai baju / tudung berwarna putih. Sila bawa Lampiran A semasa sesi fotografi.
  • Jika berlaku kehilangan atau kerosakan kad ini, siswa perlu membuat laporan di Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Canselori dengan mengisi Borang Permohonan Kad Siswa.
  • Siswa perlu buat pembayaran sebanyak RM60.00 di kaunter Unit Akaun Pelajar, Bangunan C04, Jabatan Bendahari. Siswa perlu mendapatkan surat pengesahan kehilangan daripada Seksyen Pengambilan Pelajar.

*peringatan : lampiran A (borang gambar untuk kad siswa) boleh dilihat dalam pohon@USM

2. LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
LAMPIRAN B
  • Siswa dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut :
a) Membuat Pemeriksaan Perubatan dan x-ray dada di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang SAHAJA. Sila gunakan Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan – LAMPIRAN B untuk tujuan tersebut.

b) Mendaftar diri di kaunter Pusat Sejahtera bagi mendapatkan temujanji Pemeriksaan Perubatan pada hari melapor diri di Desasiswa-desasiswa masing-masing.

c) Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray dada akan menjadi hak milik Universiti. Namun demikian, sekiranya siswa menarik diri atau bertukar universiti, siswa boleh mendapatkan Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray dada siswa di Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia. Jika perlu, pihak berkuasa Universiti akan membuat Pemeriksaan Perubatan ke atas diri siswa di Hospital yang dipilih oleh pihak Universiti selepas mendaftar diri sebagai siswa. Jika ini berlaku, siswa mungkin dikehendaki membiayai perbelanjaan rawatan tertentu yang tidak ditanggung oleh Universiti.

d) Bayaran yang dikenakan kepada setiap siswa yang membuat Pemeriksaan Perubatan dan x-ray dada di USM adalah sebanyak RM50.00 seorang. Bayaran ini telah pun dimasukkan dalam Bil Bayaran Yuran Pengajian yang dikenakan pada siswa. Rujuk Bil Bayaran Yuran Pengajian yang disertakan bagi mengetahui jumlah yang perlu siswa bayar – LAMPIRAN C atau C1

*peringatan : lampiran B ialah borang untuk buat pemeriksaan kesihatan dan memerlukan sekeping gambar berukuran passport.

3. MAKLUMAT SISWA (REKOD)
  • Siswa perlu menyediakan satu (1) salinan kad pengenalan dan dihantar melalui emel (sdrp@usm.my) atau pun melalui pos ke Seksyen Data dan Rekod Pelajar sebelum melapor diri di USM.

A ) PENGHANTARAN PENGENALAN MELALUI EMEL:
a. Sila buat salinan Kad Pengenalan dengan menggunakan kertas saiz A4
 ( sila pastikan salinan kad pengenalan tersebut boleh dibaca dengan jelas)

b. Sila buat dua (2) garisan di atas salinan kad pengenalan anda dan tuliskan: "UNTUK SDRP SAHAJA"

c. Imbas (scan) salinan kad pengenalan anda dan simpan (save) dengan menggunakan no kad pengenalan anda format Adobbe Acrobat ( .pdf )
Contoh: 930231075004.pdf

d. Hantar fail tersebut melalui emel: SILA TULISKAN nama program pengajian yang ditawarkan kepada anda pada SUBJECT. Anda perlu Attach File tersebut dan hantar (send) sdrp@usm.my.

*peringatan : kepada pelajar yang ingin menghantar melalui pos kena tunggu surat tawaran dlu sebab dalam tu ada sampul surat khas untuk pos IC kita tu..

4. PERATURAN BAYARAN YURAN UNIVERSITI
LAMPIRAN C DAN C1
  • 5.1 YURAN UNIVERSITI
Yuran Universiti terbahagi kepada tiga (3) komponen berikut :
1) Yuran Tak Berulang
Dikenakan sekali sahaja kepada siswa baharu. Sila rujuk jadual dibawah untuk maklumat terperinci.

Kegiatan Pemajuan Siswa
200.00
Minggu Suaikenal
100.00
Tunas Alumni*
100.00
Kad Siswa
60.00
Pemeriksaan Kesihatan
50.00
Pendaftaran
100.00
Bon Persendirian (Deposit)
-
Jumlah
610.00
*Bayaran termasuk Perlindungan Insurans Kemalangan Berkelompok sepanjang pengajian

Nota : Siswa tahun akhir akan dikenakan Yuran Konvokesyen (sekali sahaja) sebanyak RM120.00

2) Yuran Berulang
Perlu dibayar sebelum / awal setiap semester. Jadual Bayaran Yuran di Lampiran C & C1 menunjukkan secara terperinci jumlah pecahan yuran berulang mengikut kategori siswa untuk semua Program Pengajian Ijazah Pertama.

3) Yuran Desasiswa
Perlu dibayar sebelum / awal setiap semester sekiranya siswa menginap di Desasiswa yang disediakan. Yuran Desasiswa seperti di Lampiran C2.

Bagi tujuan pendaftaran sebagai Siswa Universiti Sains Malaysia, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan mengikut Program Pengajian yang telah ditawarkan adalah seperti di Bil Bayaran Yuran Pengajian. Bil ini boleh diperolehi melalui portal https://pohon.usm.my. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Siswa mengikut Program Pengajian yang ditawarkan adalah :-
Amaun Bil = Yuran Tak Berulang + Yuran Berulang + Yuran Desassiwa

*peringatan : yuran desa masing2 adalah berbeza dan hendaklah di bayar setiap semester

5. KAEDAH PEMBAYARAN
  • Sebelum sebarang pembayaran dibuat, sila pastikan segala butiran yang terkandung dalam Bil Bayaran Yuran Pengajian adalah tepat. Berikut disenaraikan cara pembayaran yang boleh digunakan dalam menjelaskan bayaran yuran dan langkah susulan yang perlu diambil semasa hari pendaftaran nanti.
a) Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Islam (M) Berhad di mana-mana cawangannya di Malaysia. Slip Pembayaran Bil perlu dilengkapkan dengan maklumat siswa sebelum membuat bayaran. Pastikan satu salinan Slip Pembayaran Bil disimpan sebagai bukti pembayaran. Contoh slip boleh dirujuk di Lampiran C3.

b) Pembayaran secara online (pindahan tunai atau kad kredit) melalui portal ePayment@ USM. Kemudahan ini ada disediakan bersama paparan Bil Bayaran Yuran Pengajian. Untuk maklumat lanjut bagi mod pembayaran ini, sila layari tatacara pembayaran disediakan bersama paparan bil atau laman web Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia. Pastikan satu salinan transaksi bayaran dicetak sebagai bukti pengesahan pembayaran.

Sila pastikan bahawa pembayaran dibuat semasa menerima tawaran atau selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pendaftaran. Salinan transaksi bayaran hanya untuk simpanan dan tidak perlu dikemukakan pada hari pendaftaran.

*Siswa adalah dinasihatkan agar TIDAK membawa wang tunai dalam jumlah yang besar semasa Program
SISWA LESTARI..


6. PENGINAPAN DALAM KAMPUS (DESASISWA)
  • Semua siswa baharu yang mendaftar akan disediakan tempat penginapan di Desasiswa (asrama) dalam kampus. Semua siswa WAJIB menginap di Desasiswa sepanjang Program Siswa Lestari dan juga sepanjang Semester I Sidang Akademik 2012/2013.

7. LAPOR DIRI DI DESASISWA
  •  Bagi siswa dari Sabah dan Sarawak yang tiba awal, penginapan sementara hanya disediakan kepada siswa sahaja di Desasiswa Aman Damai untuk lelaki dan wanita.
 Pada 1/09/2012 siswa dikehendaki mendaftarkan diri di desasiswa seperti yang tertulis di dalam surat tawaran. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2012/2013 bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut.
  •  Sila sediakan dua keping gambar terbaru berukuran pasport dan serahkan semasa mendaftar diri di Desasiswa masing-masing.
  •  Sepanjang tempoh penginapan di Desasiswa, siswa dikehendaki membawa bantal, sarung bantal dan cadar sendiri. Pihak Universiti tidak menyediakan kemudahan ini. Namun begitu siswa mempunyai pilihan untuk membeli keperluan tersebut di kedai-kedai yang terdapat di dalam kampus.
  •  Bagi memudahkan urusan pendaftaran siswa dan juga memastikan aliran trafik di dalam kampus berjalan lancar, sila pastikan kenderaan keluarga siswa dilekatkan dengan tanda nama Desasiswa yang dilampirkan sebelum memasuki kampus.

8. AKTIVITI PROGRAM SISWA LESTARI
LAMPIRAN D
  • Semua siswa baharu WAJIB mengikuti semua aktiviti Program Siswa Lestari sebagaimana yang terdapat di dalam jadual yang disertakan.
  • Aktiviti peloncoan (ragging) dengan apa cara pun DIHARAMKAN. Sila laporkan ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar atau pihak pengurusan Desasiswa siswa sekiranya perkara seperti itu dilakukan terhadap siswa.

9. PENDAFTARAN DIRI
  • Semua siswa baharu DIWAJIBKAN mendaftar diri di desasiswa yang ditetapkan. Siswa dengan rasminya menjadi siswa berdaftar Universiti setelah melalui aktiviti pendaftaran di desasiswa.

10. PENYEMAKAN SIJIL
  •  Hanya siswa dari kategori Diploma dan Setaraf sahaja yang perlu mengemukakan SIJIL-SIJIL ASAL dan salinan yang telah disahkan untuk tujuan penyemakan semasa aktiviti Pendaftaran Diri dijalankan. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2012/2013 yang disertakan bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut. Sijil-sijil yang diperlukan ialah:
a) Kad Pengenalan
b) Sijil Lahir
c) Sijil Kewarganegaraan (jika ada)
d) Surat Tawaran Rasmi
e) Sijil SPM/SPVM
f) Sijil SPM Bahasa Malaysia Julai (jika ada)
g) Sijil STP/STPM/HSC
h) Diploma/Sijil – Sijil (termasuk transkrip)
i) Sijil/Keputusan Matrikulasi
j) Sijil MUET
k) Sijil-sijil lain yang digunakan semasa membuat permohonan
*peringatan : Siswa juga dikehendaki menyediakan 8 keping gambar peribadi berukuran pasport
 (gambar terbaru) bagi tujuan pendaftaran kursus dan pendaftaran lain.

11. PERATURAN KENDERAAN BERMOTOR
  •  Semua siswa TIDAK DIBENAR menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kampus.
  •  Pihak universiti menyediakan perkhidmatan bas komuter yang berhawa dingin, yang bergerak di dalam kampus bagi membawa siswa, sama ada dari desasiswa ke dewan kuliah, tutorial atau makmal. Perkhidmatan bas komuter ini juga membawa siswa ke hampir semua destinasi di dalam kampus. Jadual pengangkutan bas adalah seperti berikut :
a) Isnin – Jumaat : 7.30 pagi – 10.00 malam
b) Sabtu : 8.00 pagi – 8.00 malam
  •  Pada setiap hari Sabtu, bas komuter akan bergerak ke luar kampus, ke pusat-pusat membeli belah (tertakluk kepada perubahan) bagi membolehkan siswa mendapat bekalan keperluan diri dan untuk beristirehat. Bagi mereka yang tidak menetap di desasiswa tetapi menetap di kawasan perumahan sekitar kampus turut menikmati kemudahan bas komuter di sebelah pagi untuk masuk ke kampus serta pada sebelah petang dan malam untuk balik ke rumah masing-masing.

12. KEMUDAHAN DALAM KAMPUS
  • Antara kemudahan dalam kampus yang disediakan oleh pihak Universiti ialah Bas Komuter, Kedai Mahasiswa, Kedai Buku, Pejabat Pos, Bank (CIMB, BSN, Bank Islam, Muamalat), ATM, Kedai Farmasi, Kafeteria setiap Desasiswa Kedai Serbaguna.
  • Peta Laluan Masuk Ke Kampus Induk, USM Pulau Pinang. Rujuk LAMPIRAN F.

*peringatan : semua lampiran boleh dilihat di pohon@ USM...

sekian..harap membantu..
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in