assalamualaikum...
permohonan biasiswa jpa telah dibuka...tempoh masa hanya seminggu dari tarikh permohonan dibuka...
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDNbagi
tahun 2012 mulai 1 Ogos 2012 pukul 5:00 petang. Permohonan ini adalah
untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan
pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi
2011/2012 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke
atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.
IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA
program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN
Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA
program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Syarat-syarat Permohonan
A. Syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2012;
- Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian
dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang
disenaraikan di atas:
- Peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2011/ 2012 atau Semester I Sesi 2012/ 2013) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan
- Peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2011/ 2012 atau Semester I Sesi 2012/ 2013) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/ Disember Sesi 2011/ 2012 atau Semester I Sesi 2012/ 2013.;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011)
- Gred A- dalam 7 matapelajaran & kepujian dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Malaysia, atau - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2011)
– CGPA 3.50 (Minimum 4 matapelajaran gred B) atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia)
- CGPA 3.50 (Minimum 10 mata pelajaran dengan gred minimum Jayyid Jiddan) atau - Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia/ UIA/ Program Asasi IPTA/ Pra-Universiti/ Foundation/ Alpha/ Diploma
- CGPA 3.50 - A-Level (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
- 12 mata (gred minimum B dalam 3 mata pelajaran) - International Baccalaureate (IB) (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)
– 37 mata
2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
- Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran
kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan,
pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat
kelayakan akademik di atas.
Bidang Tajaan
- Kritikal – Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
- Keutamaan – Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi.
- Profesional – Sastera Ikhtisas – Sains Perubatan Veterinar, Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
- Lain-lain – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.
Bidang Yang Tidak Ditaja
- Pendidikan;
- Penerbangan;
- Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
- Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
- Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
- Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
- Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).
Mereka Yang Tidak Layak Memohon
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
- Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.
Kadar Biasiswa
Biasiswa
yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat
perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan
yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma
adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun
alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran
pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah
adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM
1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150
dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga
elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10
sehari.
Yuran pengajian bagi IPTS
pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.
Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan
Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada
lokasi rumah calon dan universiti.
Tempoh Kontrak
Tempoh
perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan
jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti.
Secara amnya;
Peringkat Diploma
- Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
- Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun
Peringkat Ijazah
- Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
- Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
- Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu
dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi
tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti.
Secara amnya;
- Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
- Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012 ini ialah pada 7 Ogos 2012 . Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012 ini dijangka akan diumumkan sebulan selepas tarikh tutup permohonan di laman web JPA, eSiLa.
Maklumat
- Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2011.
- Rujuk juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010 sebagai panduan.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat pidn2011@jpa.gov.my
rezeki ada di mana-mana (^_^)