Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki:
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil:
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak:
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar:
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego:
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak:
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
9. Cinta Dunia:
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Bila
fikiran sesak dengan masalah dan rasa lemah elok untuk kita keluar
mencari kawasan yang sedikit tenteram dan menikmati ketenteraman itu.
Biasanya kawasan tenang ni keindahan semulajadi macam pokok hijau, air
mengalir dan sebagainya. Aku sendiri kalau serabut kepala suka pergi
tasik kat belakang UIAM
ni walaupun takde la bersih mana tapi tengok air tasik tu rasa tenang.
Kedua selain tasik kalau hujan biasanya tingkap ni akan dibuka luas
untuk tengok air hujan yang turun. Cuba jengah sikit tingkap tengok ke
atas,tak rasa cool ke nampak hujan turun dari langit. Subhanallah
keindahan alam.
Ini
salah satu cara untuk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Tubuh
mempunyai cas-cas positif dan negatif dan bila tak berada dalam keadaan
seimbang tu yang angin kus-kus moody datang. Hehe. Cari alternatif
dengan mendengar muzik seperti alunan Kiroro, Instrumental dan
sebagainya. Memang terasa sangat tenang dan boleh tertidur. Elakkan dari
mendengar lagu Linkin Park ataupun System Of A Down ( S.O.A.D ) ketika
tengah stress bagi mengelakkan laptop atau music player korang dibaling
ke tingkap. Tapi kalau putus cinta
tu jangan duk layan lagu Perpisahan Ini dari Anuar Zain. Memang la lagu
slow tapi masalah lain pula datang nanti iaitu banjir besar.
Parah..parah.. Heee..
Salah
satu cara yang mana diamalkan oleh pelajar-pelajar IPT ketika stress
ialah makan banyak. Orang lain pun sama juga tapi mungkin kat sini aku
banyak jumpa la. Ketika tengah stress pergi ke cafe berdekatan atau buka
peti ais di rumah anda kemudian capai apa yang patut untuk dikunyah.
Kerepek sedap gak, Johor kerepek murah. Selepas makan dengan banyak
confirm rasa mengantuk akan datang dengan sendiri dan membuatkan korang
tertidur lepas tu lupa sekejap perihal masalah yang ada. Namun, tip ini bukanlah yang terbaik kerana tidak bagus untuk kesihatan. Makan Tido, Makan Tido ape laa..
Kalau
dipendam apa yang terbuku tu kadang-kala kita tak nampak penyelesaian.
Bila tengah serabut apa yang nampak hanyalah jalan ringkas sahaja.
Perlunya orang kedua yang dia pun dalam keadaan waras untuk kita luahkan
masalah dan cari tempat untuk bercerita. Mesti rasa lega sikit punya.
Cuma aku tak prefer sangat cara ni dengan diri aku sebab kadang-kadang
rasa orang lain pun ada masalah sendiri. Lebih suka berdiam dan
berahsia. Am I a secretive person?
Bila dah agak-agak tenang tu cuba untuk bermuhasabah dengan apa kesilapan diri. Ketepikan ego
untuk seketika dengan merasakan diri sentiasa betul. Kalau betul takkan
la ada masalah, logik kan? Nilai balik kesilapan diri dan ambil
tindakan. Tindakan ni pun kena memerlukan satu jati diri yang kuat juga,
sedar tanpa tindakan tak dapat apa-apa. Aku sendiri kurang sikit
perihal yang ini. Sungguh!
Itulah
yang terakhir untuk merasakan ketenangan yang jelas. Kembali kepada
fitrah dengan beribadah dan berdoa. Fitrah dari mana kita datang dan ke
mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah
sedia ada pada manusia cuma kadang-kala terlupa. Bersyukur dengan apa
yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tak semestinya bertuah dapat
apa yang kita ada. Kebijaksanaan, ilmu , harta tak semua orang ada.
Walaupun kita ada sikit , hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada
apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk tingkatkan apa yang ada, buat
peningkatan. Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi
juga.
love Allah and our Rasulullah <3