MAGIKNYA HIDUP apabila kadang-kadang perkara yang kita inginkan
tidak diperolehi tetapi Tuhan berikan pula dengan perkara yang kita tidak mahu..tetapi benda yang kita
tidak mahu itulah yang selalu memberikan pelbagai kebaikan untuk diri
sendiri.... ingat, Tuhan
tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..
MAGIKNYA HIDUP apabila seseorang yang tidak pernah kita kenali dan tak terlintas difikiran
pun kita akan bertemu dengannya..itulah yang dinamakan semua telah diaturkan
oleh Ilahi..pelbagai persamaan antara diri kita dengan dirinya yang
tidak terjangkau di akal firian yang kita akan bertemu dengan orang sepertinya..
MAGIKNYA HIDUP apabila seseorang yang kita pernah sayang dan jaga bagai
nak rak kini menjadi seseorang yang kita benci..tak terlintas pon difkiran yang suatu
hari nanti kita akan membencinya seperti itu hanya disebabkan kesalahan yang dilakukannya
dahulu..itulah kata orang tua-tua, jangan terlalu sayang sesuatu
kerana takut rasa sayang boleh bertukar menjadi benci..
MAGIKNYA HIDUP apabila seseorang yang hatinya sunyi tanpa teman tiba-tiba
Tuhan temukan dengan seseorang yang dapat menghiburkan hati..doa yang selalu
dipanjatkan kepada Ilahi telah dimakbulkan walaupon kadang-kadang
Tuhan sengaja melambatkan hajat doa kita..sebab Dia ingin
melihat sejauh mana kita berharap dan berserah kepadaNya..
MAGIKNYA HIDUP apabila sesuatu yang kita tidak pernah suka dan membencinya
tetapi Tuhan berikan kita untuk kita rasai benda itu..semua yang berlaku ada hikmahnya..
Tuhan sengaja memberikan apa yang kita tak sukai agar kita sentiasa tahu erti bersyukur...
MAGIKNYA HIDUP apabila gerak hati menyatakan bahawa dia adalah jodoh kita..
walaupun sebenarnya gerak hati saja tidak memadai..
namun, bila Tuhan telah memberikan kelapangan hati dan minda untuk
menerimanya, semua akan menjadi magik !!
MAGIKNYA HIDUP apabila sesuatu prinsip yang kita pegang kuat selama ini
mula rapuh di tengah jalan..Tuhan ingin tunjukkan kepada kita bahawa kita jangan terlalu ego
dengan prinsip sendiri..