Huargghhhh ! mengantuk tapi mata tak dapat lelap. Oleh itu, dengan kerajinan yang ada hari ini aku nak buat entry tentang hala tuju anda selepas SPM. Entry ini aku tujukan khas untuk adik-adik lepasan SPM 2012 yang telah pun mendapat keputusan SPM baru-baru ini..Syabas dan Tahniah!
Ada yang cemerlang dan mungkin ada juga yang biasa-biasa sahaja, tapi itu tidak bermakna adik-adik tidak boleh sambung study tau ! jom baca entry kakak ni sampai habis. Scroll slow-slow untuk lihat pilihan yang mana yang terbaik untuk adik-adik berdasarkan pengalaman kakak : p
1. MATRIKULASI
Tempat ini selalunya untuk lepasan SPM yang ambil aliran sains tulen semasa di tingkatan 5. Di sini adik-adik boleh memilih jurusan yang adik nak, ada perakaunan, biologi dan fizik. Terpulanglah kepada minat masing-masing. Jangan ikut kawan tau. Cuba ikut kesanggupan adik-adik dalam subjek tersebut. Kang ada yang menyesal..hehehe..tempoh belajar di matrikulasi ini cuma 1 tahun setengah..sekejap saja tapi kena belajar kaw kaw lah yea adik-adik..selain itu, adik-adik juga akan dapat elaun setiap bulan..hehehe..dia bagi elaun sebab nak suruh adik-adik belajar elok-elok. Bukan shopping saja : p
2. DIPLOMA
Tempat ini pulak untuk semua lepasan SPM, kena pandailah pilih jurusan dalam UPU adik-adik tu. Tengok pada keputusan adik-adik jugak, sesuai atau tidak. Ada jugak kadang-kadang kawan yang result dia biasa-biasa saja tapi dapat masuk diploma tau. Sebab apa? sebab dia pandai nak pilih jurusan yang mana satu..hihihi..kalau adik-adik tak tahu, rajin-rajinkanlah diri untuk bertanya guru atau senior adik-adik yea..diploma ini ambik masa selama 3 tahun pengajian. Dalam diploma ini pelajar jarang mendapat biasiswa dan mereka menggunakan PTPTN. Keistimewaan diploma ini, bila adik-adik dah habis belajar dan tak nak sambung study dah, adik boleh guna result diploma tu untuk dapatkan kerja. Tapi peluang kerja sekarang ni lebih terbuka kepada pelajar lepasan ijazah..hehehe..dan peluang untuk sambung pengajian dalam ijazah juga terbuka luas. Diploma ni selalunya banyak kat UITM. Kalau nak tengok senarai jurusan yang sesuai dengan adik-adik, boleh rujuk sini http://www.online.uitm.edu.my/program_tawar.cfm (lepas itu adik klik KATEGORI ASASI/DIPLOMA)
3. ASASI
Asasi itu apa kak?? haaa, kalau adik-adik nak tahu, asasi ini lebih kurang macam matrikulasi..tapi..tapi..tapi..untuk dapat study diperingkat asasi ini amatlah susah bagi mereka yang mendapat keputusan SPM biasa-biasa saja berbanding mereka yang dapat 5A dan ke atas. Sebab, asasi ini pengajiannya dibuat di universiti yang menawarkan asasi contohnya UMS dan UITM dan tempoh pengajiannya disingkatkan menjadi 1 tahun setengah. Dia lebih kurang macam diploma tapi pengajian yang sepatutnya 3 tahun di singkatkan menjadi 1 tahun setengah. Kalau rajin, sambunglah study dalam asasi..hihihi.
lagi satu, budak-budak asasi ini dapat elaun setiap bulan. hehehehe ^^,
4. MAKTAB
hmmm..nama pun maktab kan, tempat untuk adik-adik di latih menjadi seorang guru. Selalunya maktab ini menjadi perhatian sebab masa depan cerah. Yelah, dapat jadi seorang guru sekolah rendah itu dan memadai untuk menjamin masa depan adik-adik tau. Tempoh pengajiannya ialah selama 5 tahun. Lepas saja habis study, terus jadi cikgu. Nak masuk maktab ini pun susah jugak. Kena ambik ujian bertulis, kalau lulus ujian bertulis kena temu duga pulak, kalau lepas temu duga barulah keluar keputusan anda layak atau tidak. Budak-budak maktab ini special jugak, dapat elaun setiap bulan. Cara pembelajaran bila masuk maktab ini, kena jadi skema. yelah, nak jadi cikgu kenalah berdisiplin. Pagi-pagi perhimpunan, kena ikut unit beruniform, aktif sana-sini. Pokok pangkalnya, adik-adik macam jadi cikgu lah !
5. TINGKATAN 6
woi woi..jangan pandang rendah dengan tingkatan 6 okey. hehehe. Tingkatan 6 ini bolehlah adik-adik pilih kalau adik dah sedia nak belajar bersungguh-sungguh, rajinkan membaca dan buat latihan. Tingkatan 6 ini tidak susah sangat bagi mereka yang minat bahasa. Budak tingkatan 6 juga kena pakai baju sekolah, baju seragam untuk tingkatan 6, gaya seperti budak sekolah dan yang paling penting dapat jadi senior adik-adik anda..hahaha..Peluang untuk sambung belajar selepas tingkatan 6 memang sangat luas, orang cakap, kaki sebelah di luar dan 1 lagi dah langkah masuk ke U..haaaaa..di negara kita ini, universiti untuk sambung ijazah memang berlambak, terutamanya untuk pelajar tingkatan 6. Walaupun budak tingkatan 6 tidak dapat elaun, tapi tingkatan 6 ni jimat. Guna biasiswa PA& MA saja..hehehe
6.SPA8
Haaa...yang ini pun berbaloi jugak. Kalau adik-adik dapat masuk ni kira beruntunglah kannnn..spa8 ini merupakan latihan sebelum adik-adik bekerja dengan kerajaan. Tempoh pengajian terpulang pada jenis pekerjaan yang adik minta. Ada yang 3 tahun dan ada juga yang 1 tahun setengah saja. Gaji yang diberikan adalah berdasarkan jenis kelulusan adik-adik..contohnya, kalau SPM basic gaji mungkin dalam rm700 + elaun sana sini..nak naik pangkat pun senang saja..boleh sambung belajar selepas tamat latihan spa8 ini..adik-adik jugak akan dapat elaun setiap bulan..hehehe ^^
okey, kakak dah berikan contoh-contoh hala tuju yang adik boleh pilih..jangan pening-pening..kalau masih tidak faham dan keliru, boleh tanya kakak di facebook atau rujuk cikgu-cikgu, senior-senior tau ! GOOD LUCK !