Well..it is a BIG BUSY bila tengah rehat malas nak update blog..huhu..dan it is a BIG LIAR bila aku cakap aku tengah happy bak air tenang di lautan padahal hati tengah kacau bilau..hidup okey je pun..tapi macam ada serba sedikit yang tak kena bila aku duduk sorang-sorang dalam bilik sambil dengar lagu-lagu yang roomate aku pasang.
Aku rindu semua..aku rindu masa lampau aku, aku rindu mak bapak aku, rindu adik-adik yang semakin membesar di kampung halaman, rindu satu-satunya buah hati aku, pengarang jantung yang namanya Jumiati..kenapa mesti masa-masa begini aku rindu diorang semua..ecehhhhhhh...emosi tak tentu pasal kan sambil pasang lagu-lagu sedih mengayat hati..aummmmmmm
Alhamdulillah, semakin dilimpahi rezeki ni, semakin itu jugak banyak sangat dugaan aku lalui..sebab tu makan banyak sampai perut kembung pun takkan buat badan aku gemuk..okeylah tu, jaga badan kononnya..cisssss..tetiba rindu masakan mak sendiri.. T-T..
Duduk Usm ni aku rasa macam terpaksa kadang-kadang..nasib baek aku ingat mak bapak, kalau tak dah lama aku cari kerja kat spa8 tu haaaaa..nak ikut jejak kawan baik aku, dari form 1 sampai ke form 5 tak pernah berpisah, lepas spm ni lah buat aku terpisah jauh dengan dia..by da way, sampai sekarang contact lagi..thats why sayang dia sangat-sangat..share boyfren pun aku sanggup kalau sudi..kahkah :p
Setiap hari isnin boleh dikatakan emosi aku akan terganggu..aku pun pelik, padahal kelas taklah full pun..rileks ja..kerja pun semua siap..bila malam, cuba rileks sedikit, tidur banyak-banyak then bangun buat kerja pulak..hari selasa tu emosi akan tenang macam biasa..oooohhh isnin, tolong baik dengan saya..huhu
Actually, aku sebenarnya akan teringat seseorang bila hari isnin..tak nak lah mention kat sini, over pulak kan...*sambil kesat air mata*...huhu..rindu dia sangat-sangat..k bye ! tak nak cakap banyak, lepas ni nak makan keropok sambil minum air soya pandan..kuikui..bagi hati tenang sikit..
credit : abang google
Terima kasih sudi singgah..