DOKUMEN untuk PTPTN 2012



.





PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di peringkat pengajian berikut:-
ü  Diploma                                                      
ü  Ijazah Sarjana Muda
ü  Ijazah Sarjana
ü  Doktor Falsafah (PhD)
ü  Kursus Profesional

§  Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.

§  Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:-

i)             Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan, pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN
ii)            Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan, pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan.

§  Bagi pelajar yang membatalkan pinjaman dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima tajaan daripada mana-mana penaja.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

§  Pemohon adalah warganegara Malaysia;
§  Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
§  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
§  Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
§  Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
§  Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
§  Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun;
§  Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
§  Mulai 1 Januari 2008, pembiayaan pendidikan hanya dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai akaun simpanan SSPN sekurang-kurangnya RM3,000.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM2,000.00 ke atas dan RM500.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000.00;

(Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimana pun pemohon diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20.00 sebelum layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum membuat permohonan PTPTN secara online.)

§  Tidak mempunyai penaja lain; dan
§  Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN

§  Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu mendapatkan Nombor Pin di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00. Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian.
§  Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
Ø   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).




KAEDAH PERMOHONAN


§  Permohonan dan semakan kelulusan boleh dibuat melalui kaedah Online di  http://epinjaman.ptptn.gov.my. Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walaubagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan pada tarikh yang ditetapkan oleh PTPTN.

*peringatan : kira2 seminggu selepas tarikh penghantaran permohonan akan diumumkan sesiapa yang BERJAYA dapat PTPTN.

§  Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian berserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen tersebut beserta dokumen sokongan yang ditetapkan  kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing. Sila semak tarikh serahan dokumen tersebut yang telah ditetapkan oleh HEP.

§  Di antara  dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:-

1.    Maklumat Permohonan Pembiayaan. (boleh dicetak di Butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan Online yang didaftar oleh pelajar) – dokumen ini tidak perlu disahkan.
2.    Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama );
  1. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai);
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja);
  3. Salinan Buku Akaun Bank  (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah)
  4. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI / IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER) (Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan transkip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/layak dianugerahkan sijil);
  5. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja – PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON.
  6. Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung sebagai penjamin;
  7. Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan;
  8. Salinan Surat pengesahan / surat akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat / sekiranya pemohon / ibu bapa kandung/ penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;
  9. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di  Pejabat Pos.

Dokumen sokongan tambahan (WAJIB) bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pembiayaan pada semester 2 dan ke atas:

  1. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar Dari IPT. Pengesahan daripada Dekan / Ketua Program / Pegawai Hal Ehwal Pelajar].
  2. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.

§  Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak.

§  Pegawai yang menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:

a)    Wakil Rakyat/Senator
b)    Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c)    Pengamal Undang-undang
d)    Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai
e)    Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f)     Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf  dan ke atas.
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
h)   Untuk SABAH dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.

(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai jawatan pegawai dan jabatan/alamat di mana pegawai bertugas)

§  Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan PTPTN boleh diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my


PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan ke akaun pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN;

§  Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.


PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00;

§  Menangguhkan pengajian;dan

§  Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.


            PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

§  Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN  semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

§  Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

sekian, harap membantu..


Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in