JPA taja pelajar perubatan ke IPTS

600 calon STPM ditawar ke IPT swasta

Kuala Lumpur: Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang gagal melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ditawarkan mengikuti pengajian itu di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta dengan tajaan kerajaan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata seramai 600 pelajar mendapat keputusan cemerlang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 ditawarkan pengajian itu.

Semua calon ini akan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu menyatakan persetujuan atas tawaran diberikan, dan akan dihubungi JPA sebelum 15 Ogos ini". - Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
Surat tawaran

“Daripada angka itu, Bumiputera adalah 310 calon, Cina 260 calon, India 21 calon dan lain-lain kaum sebanyak 9 calon. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju menawarkan mereka tempat dalam bidang itu di IPTS terpilih.

“Semua calon ini akan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu menyatakan persetujuan atas tawaran diberikan, dan akan dihubungi JPA sebelum 15 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanapun tawaran berkenaan tidak terpakai kepada mereka yang memperoleh PNGK 4.0 tetapi sudah mendapat tawaran pengajian dalam bidang berkenaan IPTA awam dalam pilihan mereka.
Selain itu, mereka yang sudah mendapat tawaran di IPTA seperti yang dimohon berdasarkan pilihan pertama juga tidak layak untuk menerima tawaran berkenaan.
Untuk rekod, seramai 2,690 calon aliran Sains lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi memperoleh PNGK 4.0 dan daripada jumlah itu, kaum Bumiputera adalah 1,584 calon, Cina 920 calon, India 158 calon dan lain-lain kaum 28 calon.

sumber ; BERITA HARIAN
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in