laman web PTPTN

assalamualaikum

mulai pada 1 ogos 2012 ANDA boleh mengisi borang online ptptn di laman yg disediakan...
begitu juga dengan biasiswa JPA...

sebelum itu, mari baca syarat-syarat memohon PTPTN :

  Cara memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :
  • Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat KLIK DI SINI (^_^) untuk PERMOHONAN KALI PERTAMA.
  • Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan  tarikh yang telah ditetapkan mengikut  IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN .
  • Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan  iaitu:-
  1. Kaunter
  2. Mesin Teller Automatik ( ATM )
  3. Mesin Deposit Tunai ( CDM )
No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
  • Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
  • Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya.
  • Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan perkataan "Bajet Mini" di Butiran Nama Program/Kursus
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online  bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.
  • Pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat Reader' untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon ‘Get ADOBE READER' dan ‘Install' di komputer anda.
  • Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.
  1. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.
  2. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.
  3. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk   ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan**;
  4. Sediakan2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan  pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN ) 

 Nota**
       Setiap set dokumen yang dilengkapkan adalah untuk tujuan simpanan dan rujukan  Penerima Biaya dan PTPTN.


Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama  SATU (1) SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut:
  • Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan.
  • Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.
  • Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya.
  • Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana.
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PENJAGA PERTAMA (1).
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2).
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan -  PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya masih bekerja)
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -  PASANGAN PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin)
  • Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan- PENERIMA BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.
  • Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk )


Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:
  • Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
  • Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan  pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)                                       
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in