jom..!! jom..!!sambung cerita bicara hati nita part 2..hihi..okey..aku nak cerita pasal pengalaman aku jadi budak espiyem..bila dah jadi budak SBP ni for surelah kita kena ambik paper-paper yang ektrem..contohnya, KIMIA, ADDMATH, BIOLOGI, FIZIK..argggghhh..orang panggil paper killer..kalau dah yang bijak-bijak tu sebut "paper killer", apatah lagi aku ni..terus terang aku cakap, 4 paper ni aku memang tak boleh bawa..since form 4 lagi masa di perkenalkan subjek-subjek ni aku dah memang cuak..muak..hahaha..KENAPA??? sebab aku TAK MINAT langsung..aku cuma minat subjek BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SEJARAH, lagi-lagi PENDIDIKAN ISLAM..hihi..sebab senang..tak payah pakai teori-teori segala tu kan..kadang-kadang bila exam, subjek-subjek inilah yang dapat okey sikit berbanding subjek sains-sains tu..
nak dipendekkan cerita, bila dekat SPM dah punyalah cikgu-cikgu cuba untuk buat aku lulus paper diorang..yelah, nanti buat malu sekolah kalau ada student dia yang tak cemerlang..fuhhh..!! tapi aku tak tau kenapa, aku memang tak boleh wehh...pernah hari tu aku cuba study ADD MATH sampai tak tidur malam..kawan-kawan aku yang budak-budak pandai dah tidur dah semua..cuma aku ni tengah syok study lah konon kan..tupp tupp..result tetap menghampakan..haihhhh...
tak boleh salahkan sesiapa..aku kena salahkan diri sendiri jugak..hmmm..tibalah hari exam tu, aku masih ingat lagi orang yang duduk sebelah aku tu budak pandai gilerrr..nama dia HAMZAH JAMAD..masa paper 3 kimia tu lah aku pegi tanya dia jawapan..hahaha..nasiblah dia baik..paper paling aku tak boleh jawab, BIOLOGI, KIMIA dan ADDMATH..sangat teruk okey..!! macam tak pernah study apa-apa..huhuhu..
aku sebenarnya paling takut bila result exam keluar..dan paling syok bila tengok student yang bijak-bijak tak akan tengok number rangking diorang dari bawah tapi diorang akan tengok dari atas..haaaaa!! nampak sangat diorang memang dah targe diorang duduk atas..hihi..TAPI..aku pulak sebaliknya..aku akan tengok dari bawah dulu sampailah ke atas..salah satu faktor sebab aku memang tak target duduk atas..hihi..lagipun aku kan rendah..kui kui..(alasan)
dah..dah..lepas exam SPM tu, ada cuti lebih kurang 4 bulan..masa cuti tu aku memang rehat habis dirumah..konon-konon dah penat studylah..hihi..bila dah nak keluar result SPM tu, jeng..!! jeng..!! jeng..!! mesti korang dah agak dah result aku apa..huhu..yelah, mana ada budak malas dapat result meletop..bomm..bomm..T-T
pagi nak pergi ambik result tu aku memang nerves jugak..yelah..takut-takut GAGAL..aku pergi lambat sedikit dari seorang kazen aku tu..FAHRUDDIN..dia nih budak pandai..duduk kelas target..fuhhh...kalau nak dibandingkan dengan aku ni, memang macam langit dan bumi lah..sob sob..tapi dia baik..selalu datang tengok-tengok aku okey ka tidak..try ajar aku apa yang dia tahu..hihi..masa dah dapat result tu, dia call aku bagitahu dia dapat berapa..punyalah aku lagi nerves..dia dapat banyak A tau..haihhh..aku memang dah agak aku takkan dapat macam diorang..
bila dah datang ambik result, aku tengok ada yang happy..ada yang buat muka tak puas hati padahal result punyalah melatop...kui kui..bila giliran aku pergi ambik result pulak, tak payah cakaplah..aku terus balik naik kereta..tak mahu duduk lama-lama kat sana..nanti aku nangis..aku cuma dapat 3A..subjek yang sains-sains tu ada yang dapat D..haiyoo..malu meh..
tapi bapa nita baik..bersyukur dapat bapa macam tu..dia bagi nita semangat..walaupun dia tahu result nita "okey" sangat..huhu..T-T..tak pa, yang penting lulus, boleh sambung study mana-mana pun..kan3x..
okey, sekarang kita cerita pasal tawaran-tawaran U, matrikulasi, maktab..aku sebenarnya nak jadi cikgu..suka tengok budak-budak..suka bercakap banyak..hahaha..tapi rupanya nak masuk maktab nih susah..T-T..
cerita pasal maktab ni, aku memang ada pengalaman paling sedih..sangat sedih..huhu..nanti aku sambung lagi..penat jari menaip..kui kui..
BERSAMBUNG..