Aku nak kahwin, tapi.....



"Jemput datang ke majlis perkahwinan saya dan ehemmm"..ececeh, ayat tak boleh blah..perasan sangat-sangat..Huargghhhh..nak kahwin ! nak kahwin..siapalah yang tak nak kahwin kan?? Hukum perkahwinan ni, SUNAT kepada golongan yang dah bersedia sepenuhnya menempuh alam rumah tangga..so, rasanya golongan yang macam aku ni, yang masih kebudak-budakan belum ready untuk berkahwin..hihihi

Entry ni aku buat sebab nak cerita dan berkongsi dengan readers semua tentang halangan-halangan yang menyebabkan ada golongan yang nak kahwin tapi tidak kahwin-kahwin jugak..hahaha..macam akulah, tengok Dena Bahrin, Irine Nadia, Fatin Suhana, semua dah kahwin..kahwin awal tau uolzzz..jeleous menggigit hujung meja lah bila nampak pasangan-pasangan yang dah kahwin..hahaha..elehh..jangan ketawakan aku, sebab aku tahu korang pun teringin kannnnn...kuikui..tapi kena ingat, nak kahwin ni bukan senang..

Aku nak kahwin, tapi................

Duit Belum Cukup Nak Buat Kahwin

Hello..kalau nak kahwin ni kenalah guna duit..guna duit yang agak banyak walaupun dah try nak buat majlis kecil-kecilan tahu tak ! Then, lepas kahwin lagi pakai duit banyak..lagi-lagi macam aku ni yang suka sangat berjalan-jalan kat shopping mall..haha..takkanlah nak kahwin awal ni guna duit mak bapak uolzzz..kannn..so, disebabkan duit tak cukup nak kahwin, kena tunggu bila dah kerja..kumpul duit banyak-banyak, buat keluarga sendiri merasa dahulu duit hasil kerja sendiri, baru boleh kahwin...hihihi ^^



 
Aku Masih Belajar Lagi

Sebab yang kedua pulak, aku kan masih belajar lagi..takut bila dah kahwin tak pandai nak urus rumah tangga..hihi..yelah, aku tahu ramai yang cakap selepas kahwin kita akan pandai dengan sendirinya mengurus rumah tangga..tapi aku tak nak..takut..bukan semua orang boleh bahagikan masa dengan study dan family sendiri..kannnnn..so, aku nak study elok-elok dulu, dapat graduate sama-sama nanti..hahaha



 
Perangai macam budak-budak

Hai..comel tak gambar kat atas tu..tu gambar aku masa budak-budak lagi..hahaha..tak lah tak lah..itu gambar adik Aisyah Humairah..orangnya secomel namanya..saja ambik gambar tu bagi contoh..sebenarnya, walapun umur aku dah 21 tahun, aku masih belum matang..kadang-kadang macam budak-budak uolzzz..my mr. A saja yang tahu aku ni macam mana..hahaha..sebab tu dia tak nak kahwin-kahwin lagi dengan budak ni kot..T-T..sabar sajalah..hehehe..
 
Ibu Bapa Mesti Tak Izinkan Nak kahwin Awal

Hehehe..inilah punca utama sebab aku tak kahwin awal..bukan semua ibu bapa dapat beri keizinan nak kahwin awal tahu tak..kalau ibu bapa aku, mesti tak bagi punya..yelah,nak kahwin ni bukan senang..banyak procedure yang harus dilalui..hahaha..lagi satu, diorang nak tengok aku habis belajar dulu..barulah fikir pasal kahwin-kahwin ni kan..jangan risau, kita tetap kahwin..haha..couple-couple jugak, tapi kedua ibu bapa jangan dilupa..^^

 
Rombongan Meminang

Hahaha..yang ini pun sebab utama jugak..tak ada orang hantar rombongan meminang..macam manalah nak kahwin kan..kehkehkeh..^^, okeylah, time to have a dinner..So,kepada golongan yang serupa macam aku ni, janganlah risau, soal jodoh Allah dah tentukan...kita akan kahwin jugaklah..hehehe..

Terima kasih sebab sudi baca ^_^
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in