Blog Yang Dulu Rosak

  
Huhhhhhhhh!! apa yang boleh aku katakan selain "Alhamdulillah" right?? Setelah dua hari menghabiskan masa dengan bersengkang mata di hadapan laptop ku ini, akhirnya blog yang "sakit" dah kembali "sihat" dan "cantik" sebab banyak buat exercise..errkk??hahaha

Meh nak cerita sedikit satu kisah yang sememangnya banyak pengajaran untuk blogger-blogger di luar sana..macam ini kisahnya, malam isnin tu aku ada buat blogwalking..kuikui..melawat blog blogger-blogger yang aku minat, TIBA-TIBA, aku ada ternampak satu entry pasal mencantikkan blog..aku ni pantang kalau nampak benda-benda nak mencantikkan bagai..hahaha..so, jari yang mulus ini menekan entry tersebut dengan harapan dapatlah mencantikkan blog sendiri kan kan kan..

Bila dah buka blog orang tu, memang rambang mata nak buat yang mana satu..hahaha..ambek kauuu..gelojoh sangat mak jemahhh sampai tak tidur malam tu..korang percaya tak aku tak tidur malam tu??yer, aku tak tidur malam tu weyy..sebab konon-konon nak belajar buat BLOGSKIN..ala, blog yang comel-comel tu tapi pakai coding..susah lorhh T-T..tapi aku tak kesah, semangat betul malam tu nak ganti blog biasa ni ke BLOGSKIN..

Tengah sibuk memilih pattern blogskin yang aku nak pakai, tiba-tiba ada pulak bunyi dalam bilik ni..bukan bunyi apa pun..tapi macam kena ganggulah sedikit..itulah, dia nak suruh aku tidur lah kot..hahaha..tapi kalau dah kena kacau macam tu macam mana nak tidur kannnnn..geram i tau..kehkeh

Sedang sibuk sambung online tup tup dah pukul 6.30 pagi..rehat kejap untuk solat subuh..lepas tu sambung balik online..makkkk aihhh..mesti korang pelik kan, aku tak mengantuk ka..dan honestly aku memang tak rasa mengantuk bila tengah berblogging..sebab aku suka..aku cinta..aku minat sangat main blog..huhuhu

Then, dalam area pukul 7 pagi tu baru aku nak tidur..haha..kelawar betullah ! tengah hari rehat nak makan..lepas tu, aku sambung lagi..haaa..nak dijadikan cerita, aku pergilah download blogskin yang aku nak tu, aku copy paste kat CSS..hahaha..pandai tak..memandai ja kannnn..bila aku preview menjadi, jadi aku SAVE lah..bila aku preview balik, jangan cakaplah, semua benda HILANG !! tahu tak apa perasaan aku masa tu??macamnak terguling-guling menangis atas katil..huhuhu..yelah,penat lelah selama ini berblogging akhirnya hanya disebabkan 1 kod sahaja blog aku musnah ! amboiii ayat..hahaha..maaf, tengah emosi..kikiki

Lepas tu, aku pun fed up..tapi dengan semangat membara demi customer-customer kesayangan, aku sanggup nak buat blog baru..yelah, blog yang rosak tu aku rasa dah tak ada harapan nak pulih macam dulu..buruk sangat2 uollzz..yang sempat tengok blog buruk tu nasiblah..hahaha..siap post status tengah bersedih dengan blog yang rosak kat facebook..T-T

Aku buat akaun gmail baru, blog baru, template semua baru..dan yang hanya setia menemani aku masa itu, hanya blog lyssasecret..hampir semua tutorial aku ikut dari blog dia..dan untuk buat blog baru ni makan masa 1 hari..huhuhu..makan pun tak ada selera..bayangkan ! makin kecillah badan aku..huhu

Tetiba tengah buat blog baru tu, aku rasa rindulah pulak nak buka blog lama tu, then tak tahu macam mana aku dapat idea "copy paste semua kod template kat blog baru bawa ke blog lama"..hahaha..dan yess!! menjadi..menjadi..betapa gembiranya hati masa tu..ini baru ja siapkan blog..makin cantiklah sedikit..hehehe

Dan kesimpulannya disini, jangan jadi seperti tikus membaiki labu yer..hahaha..dah tak tahu nak buat pandai-pandai ja kan try and error..kahkahkah..okeylah, mata pun dah jadi merah sangta-sangat..kurang tidur dan rehat..malam ini tak makan malam sebab blog baru siap..bye..nak tidur..assalamualaikum..^^,
Copyright © Nonita Fabric | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in